Blogger Widgets
Blogger Widgets

Tuesday, June 19, 2012

Kisah Mimi Si Bibir

Assalamualaikum


Mimi Si Bibir.. selain makanan, mulut dia penuh kata-kata.. suka sangat bercakap sampai satu tahap “ Mie jap-jap! Telinga akak da takleh terima bunyi apa-apa lagi, da smpai limit, jom tido”

Situasi akan jadi lebih bahaya bila dia start bukak cerita dalam kereta.. kau tau, dalam ruang sempit/terhad, bile dengar mulut dia bercakap pakej suara volume 4 buat aku tertanya-tanya apa fungsi radio dalam keta tu..

ada time aku tegur “ Mie, cakap la slow cket.. akak nie duk sebelah kau je, keta kita ni bukan ketapi sampai jauh sangat nak melaung bagai.. akak ko nie rabun je.. belum nak pekak lagi.. cakap slow sket”

Ada satu masa tu, mak dengan 3 anak daranya (Onie Si Comel, Mimi Si Bibir & Qalisya Si Kalut) pegi kenduri kawen.. tutup je pintu kereta.. atur tudung dulu.. snap gambar pat-lima klik dulu.. baru start bukak mulut..

Mimi : Mak, gatal lagi la kaki nie. Mie da taruk ubat yg mak bagi tu tapi x elok gak. Asik rasa nak garu je.  Kak onie tau tak, aritu Mie ngan mak gi jumpa orang nak berubat. Org tu kata kaki Mie ni kena ludah langsuir.. tapi bila jumpe doktor, doktor cakap alergik kulit biasa je.. xde sakit apa-apa pun...bla bla bla..

Mak : Tu la, lengkali mulut tu bila kat tempat org bertapis skit.. jangan cakap sebarang.

Aku :…………………………..

Mimi : Mana ada Mie cakap sebarang kalau kat mana-mana.. Eh mak, ada sorg kawan mie kene histeria kat kem. Dia lagi byk mulut dari mie…bla..bla..bla..Kak Onie nak tau bla bla bla..

Mak : Tu la kan mak da cakap.

Aku:…………………….

Mimi : Ha, sebut sal PLKN.. Mie jadi ketua kump. Bravo mak…..bla..bla..bla..

Aku : Mak, dari tadi onie terpikir macamana Mimi nie bleh terkena ludah langsuir.. tapi skang onie da tak heran dah.. Mie, kalau mcm nie gayanya mulut ko, bukan langsuir je ludah kau. Qalisya pun main sembur-sembur air liur je ngan kau. Hahahaha..

Mak: hehehehehehehe..ade ke cakap adik macam tu..

Mimi :………………

Aku : Haaaaa, kan diam tu mak… hahahaha



Ps: Si Bibir tue skang nie dia kat kem PLKN Maran., sunyi umah skang nie.. Mie, cepat cket balik, telinga akak tgh free nie.. saranghaeyo uri dongsaeng..=)


Wassalam





Thanks For Your Reading ^_ ^

Monday, June 18, 2012

Apew Niew? Menci Menci Menci

Assalamualailum..

Apew niew?? Tak paham lorh.. sajew jew aww..menci-menci-menci.. uhukuhukuhuk.

Haip! sepak japgi tau la..

Ade sorg member baik sehati sejiwa “Normah Damanhuri nama diberi”, dia update status kat wall pasal word-word yang budak zaman skang ni pakai. Budak-budak zaman sekarang? Membawa makna aku budak-budak zaman dulu?? Ternyata tidak.

Memandangkan keturunan aku mewakili pelbagai zaman. So, pengaruh “apew niew” dibawak oleh salah sorang dongsaeng aku, MIMI..

MIMI SI BIBIR…manusia bermulut penuh kata-kata. Suka bercakap. Nasib aku baik sebab dia bukan spesis membebel..

Si Bibir nie bila mesej aku nak pinjam something or nak ajak jalan mesti anta mesej spesis “apew niew” nie.. So, aku terpaksa buat serangan balas sebagai tanda protes dengan tujuan nak bagitau yang “akak kau nie da cukup tua nak paham bahasa kau nie”

1) Mimi : K.oniew, pnjm bju k.oniew yg wanew ijaw tew. sweet arh..bley keww?? T mi bsuh. leyh arh. A?

    Aku   : Lempang kang, taip ayt btol2.. skit mta tgk ayt mcm bibir lembik je.

    Mimi : Akak onie, mie nk pinjm bju yg wrna ijau tu..cntik la. bleh x pinjm??
   Aku    : Ok lulus… pinjm la..

*****************

2) Mimi : K.oniew, bilew na alek neyh? Mie bosn arh. Tew kuar arh na ark? Skunk neh jakel adew sale.. ajk arh mak. Mie on jew.. jom arh ..

Aku :………………..

Mimi :K.onie, reply arh mcg mie.. cpt arh.. mie adew bndew na gtw neh.

Aku……….

Si bibir call : asal x reply mesej mie? Penat je mie taip..

Aku jawab : kan senang call je, tau pun penat taip word yang tah pape.. akak semput baca mesej ko.

*****************

3) Mimi : K.oniew, kwn mie na pnjm nvel. Ley ark? Mi sowh diew gtw sndri p diew takowt k.onie mara.. tapew kew? T diew bgi alek..

Aku :   !mie tu ingat. balik pulang pastu, je ari 3 pinjam, balut siap, baru yg nak akak..balik ganti ko.. ko carik akak, keronyok kalau tapi.. la pinjam.. nih lempang kena nak msg anta jangan kata akak kan.*

Mimi : ?? x phm lorh k.oniew..apew niew?

Aku : padan muka .. tilik la sampai paham.. sape suruh buat org payah nak  paham ayt ko.

Mimi : Apew niew k. oniew? Sajew jew taw k.oniew neh. Tanak arh mcg agi..menci larh x phm niew! Uhukuhukuhuk..

Aku : ahahahahaaha… good good very good. Uhuk uhuk la kau smpai tua.



*sila baca start dari sign (*)

Wassalam.

Thanks For Your Reading ^_ ^

Saturday, June 16, 2012

Seni berkata-Kata


Assalamualaikum..

Seni lukis? Seni bina? Sume perkara yg kita buat kena ada seni. Baru la hidup tak bosan. Sama macam seni berkata-kata.

Maybe kau penah tengok orang bercakap sambil tangan menggawang-gawang kalah anak mami  nak show off gelang emas. Mungkin gak kau penah terperasan orang bersembang sambil goyang kepala kepala, tangan plak static je tak gerak.. tapi yang aku pasti, kaum makcik-makcik bila bersembang mesti cuit-cuit peha ketuk-ketuk lutut pukul-pukul bahu. Cun plak bila ade cerita-cerita terbaru. Duk dekat-dekat sambil main bisik-bisik.. Ironi sungguh!

Yup, ini lah seni berkata yg ada dlm masyarakat kita skang nie. Kau pun mesti bosan kalau kawan sembang kau tu dah same pesen ngan robot kene program je.. mulut je gerak, ekspresi muka langsung takde.

Okeh, niat sebenar aku nak cerita sal seni berkata-kata yang selalu sangat aku alami. Terutama dalam bas..

Di suatu petang yang hening disulami angin air-cond bas yang sepoi-sepoi bahasa buat aku tambah ngantuk dalam bas. Tanpa amaran gencatan senjata barang sesaat, ketenangan hidup aku terganggu dengan bunyi machine gun yang kuat. Dikurniakan jantung yang agak fragile buat aku rasa nak putus nafas.. rupanya ringtone henpon ntah umat mana dalam bas ni.

1) Kau tau ringtone henpon tu kalau boleh jangan la set kuat sangat volumenye.. kalah henpon orang pekak. Nak bagitau sume pelusuk dunia ke yang kau ada henpon? Nak terkeluar jantung aku. Aku marah sebab benda2 mcm nie boleh jadi punca kematian tau tak? Kang ade plak pakcik terbaring keras dalam bas tu sape nak jawab? Kau?

Ok, think positif.. maybe dia set volume tinggi sebab takut xdengar orang call.. ok fine.

2) Owner si henpon volume kuat tu start la berkata-kata.. intro da bagus.”Assalamualaikum”.. huh, bagus dia nie. Tau adab berkata-berkata. Pastu merepek meraban la kawan tu dalam telefon dengan ayat yang sepatah harem aku tak paham. Eh, dia nie kenapa? Makin kuat plak sembang dia. Volume suara dia lagi kuat dari volume henpon dia. Dia nie memang kategori kuat-kuat ke? Aku sambung balik pejam mata dengan niat nak balas balik tido lambat  malam tadi. Dalam pejam mata tu, lagi kuat kawan tu sembang, dengan takde noktahnya.. ni bersembang ke bergadoh nie? Tapi aku dengar dia gelak-gelak. Kemain lagi. Ko seksa telinga orang pastu ko bleh gelak kan.

Niat suci ikhlas dari ati nak jadi tukang “sound tepek”  terus terbantut bila aku jeling belakang nak carik si empunya mulut. Homak kau, jauhnya duduk. Aku dekat seat paling depan belakang drebar. Si owner mulut tu nun jauh di sana duduknye dekat ekjos bas, seat belakang skali. Mati-mati aku ingat dia duk selang 3 seat dari seat aku. Suara macam dia duduk dalam telinga. Takpe, tahan je la. Bas nie pun bukan daftar atas nama aku.

Then, Alhamdulillah penyeksaan telinga aku berakhir bila si kawan tu turun dekat MYANMAR EMBASSY.. yang tak tahan tu henpon dia tak lekang dari telinga sambil mulut potpetpotpet.Nak jumpa member sekampung la kot. HUH, TAK ABIS LAGI MAMAT NI SEMBANG??

P/s: Mempunyai seni berkata-kata yang tersendiri dan unik membuat kita lebih dikenali.. tapi jangan sampai buat orang rasa bosan dan nyampah.. Okey? =)  

Wassalam

Thanks For Your Reading ^_ ^

Thursday, June 14, 2012

"LIKE" di Facebook


Assalamualaikum..

 Button “like”… Dey tambichi setakat “like” je pun bleh jadi isu ke?.  FYI, aku teramat suka button “LIKE” nie. Sebenarnya, bukan la isu besar mane pun, cuma aku nak share perasaan aku bila ada orang “like” status aku dan aku menge”LIKE” status orang. Konsep GIVE & TAKE okeh..

So, sebab ape aku suke menge”LIKE” status dan status aku di”LIKE”?

1) Rasa disukai
Nope, nie bukan perasan keh.. Dah makna “LIKE” =  suka.. so, sedang apa dan dimana la aku rasa disukai bile aku update status & org menge“LIKE” status aku.

2) Bila ade member update status kat wall, aku suka baca tapi  kadang-kadang taktau nak komen ape. Taktau nak cakap ape. Tak paham ape perasaan yg diorang cuba sampaikan. Kang kalau salah bagi komen dah jadi bahan gadoh plak..  Elok-elok kawan tu tengah update status yg sedih-sedih, datang aku plak konon-konon buat lawak mangkuk tingkat dengan niat jujur ikhlas nak gembirakan ati kawan tu.. Cun plak kawan tu mood tengah swing, mau jalan mengundur aku pergi-balik keje... So, “LIKE” je la yang mampu.

3) Satu lagi, bila hati dah berkobar-kobar semangat jiwa raga nak komen status member, mesti aku rase “ALAMAK TAKPE KE KALAU KOMEN NI? TAK KACAU DORANG NAK SEMBANG KE?.. bila ternampak member-member lain yang respon yang kebetulan BUKAN KAWAN AKU. Nak-nak plak bile komen dorang da meleret sampai patploh-limaploh komen.. Aku nak tanya, kau ade selera nak kacau orang lain nyembang yang takde kaitan ngan kau? Mak aku pesan, Orang tua-tua sembang jangan menyampuk, nanti kene hempuk.. so, tumpang “LIKE” je la..

4) Selaku masyarakat prihatin yang sentiasa mendengar keluhan serta pujian apatah lagi makian, aku akan sentiasa menge”LIKE” status member. Aku pun pandai gak nak show off kat orang yang aku nie ada gak bukak wall dorang. So, dorang takde la kecik ati sangat aku wat dek je.. Acah-acah mesra rakyat la konon. Niat sebenar adalah saje nak tinggalkan TAPAK KAKI BERSULAM STOKIN kat wall dorang.. at least, dorg tau yang aku masih hidup.. and single..Adess tercakap plak (cubit mulut).

5) Sebab TAKDE BUTTON “DISLIKE”… sebab tu aku “like”.. ade bagusnya PAK MARK tak letak button “DISLIKE”, nanti boleh jadi kes bunuh dow.. punca gaduh, retis-retis (artis) pun leh main tarik rambut kalau tersalah “LIKE”..  jangan buat main bende kecik macam nie pun leh bawak efek kedudukan hidung kita.. samada lubang idung menghadap ke bawah atau ke atas…pilih la.


sekian dulu ceramah aku yang bertajuk “ BAGAIMANA SANG KANCIL BERJAYA PIJAK KEPALA BUAYA DAN DIA SAMPAI KE SEBERANG SUNGAI BERSAMA OTAKNYA YANG CERDIK”

Ps: Sebelum “LIKE” status orang, pikir dulu ea kawan-kawan…jangan hentam keromo je.. hehe.

Wassalam

Thanks For Your Reading ^_ ^

Tuesday, June 12, 2012

MAKAN BUBUR PAKAI TIUB? SILAKAN..


1) Sila jatuhkan maruah family & manusia-manusia terdekat aku… dipersilakan kalau berani.. sila sentuh my hyung & dongsaeng sesuka hati bila-bila masa di mana jua anda berada..

2) Sila kacau barang aku tanpa kebenaran.. specially lovely novel & CD.. dan satu lagi, DIPERSILAKAN JUAL BARANG YANG AKU BAGI KAU PINJAM.. Aku bagi kau pinjam, kau jual.. kau dapat duit kat sana, aku nganga sorg kat sini. Hebak!

3) Sila mengata aku & manusia-manusia terdekat aku kat belakang.. sila jadi sebaik-baik umat bila face-to-face keh. tapi bila kat blakang, tanduk kau lagi panjang dari tanduk dia…ekor kau lagi berpintal dari ekor dia.

4) Sila maki aku & manusia-manusia terdekat aku depan orang ramai, sila malukan kami di depan orang lain. Tolong anggap hati perasaan kami apa bala sume tuh diperbuat dari batu bata. Sila anggap muka kami ni mcm tembok batu yang xde rasa malu.. dan sila buat orang lain anggap yang kami adalah manusia paling bodoh, paling ngokngek & loser.

5) Sila paksa aku buat keputusan yang aku tak tau hala tujunya, sila paksa aku jawab soalan yang aku tak pasti jawapannya.. dan sila paksa aku buat something yang memang dah bersuluh aku takkan buat..


Ps: Aku bukannya manusia gagah perkasa badan ketul-ketul 12 pax nak buat orang smpai makan bubur pakai tiub.

Aku bukannya bercita-cita menjadi mak dukun bersanggul tinggi sambil kunyah sirih nak meng’ilmu-hitam”kan orang,  nak me’muntah-hijau’kan orang, nak me’nyantau-kaca’kan orang.

Aku bukannya menganyam impian menjadi mak tiri Snow White yang nak bagi sambal belacan campur racun tikus,

Sebagai pukulan balas..

Cuma aku mintak jangan buat hal carik pasal jadi bebal dengan aku & manusia-manusia terdekat aku.


Thanks For Your Reading ^_ ^

Thursday, June 7, 2012

KAU TU APE?


Assalamualaikum….


KAU- ONE = kau lah “satu-satunya” manusia lelaki yang buat orang tua dia percaya yang kau boleh jaga anak diorang.

KAU- TEAM = kau mampu buktikan kat adik-adik dia yang kau boleh masuk “team” diorang dan boleh tolong kau kautim harga duit hantaran bagi pihak family dia.

KAU- WIN = So kau jangan risau.. kau da berjaya “memenangi” hati dia dan buat dia percaya yang kau bersungguh-sungguh dan berani.


P/s: Kau bukan setakat kawin dengan dia je… tapi dengan family dia skali..

See ya..
 
Wassalam.

Thanks For Your Reading ^_ ^

Followers