Assalamualaikum,
Salam sejahtera buat bakal suami aku yang tak pernah aku temui. Moga ALLAH sentiasa melindungi dan memberkatimu dan juga keluargamu.
Wahai bakal suamiku,
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…
Kalau harta yang kau inginkan, aku nak kau tau yang aku tak ada apa-apa harta melainkan ilmu agama yang telah diajarkan oleh mak dan abah aku. Aku nak kau tau yang aku takde harta untuk aku persembahkan dalam akad nikah kita nanti. Dan aku nak kau tau yang takde jaminan kau akan dapat kesenangan harta benda bila kita kawin nanti.
Kalau keturunan mulia yang kau kejarkan, aku nak kau tahu susur galur keturunan keluarga aku. Keluarga aku bukanlah datang dari keturunan ternama. Tidak bergelar Syed-Syarifah, apatah lagi berketurunan kerabat diraja. Tapi apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia Nabi Adam A.S dan Hawa A.S.. Sama macam kau.
Kalau kecantikan yang kau nakkan dari aku, kau dah salah sangka. Takde kecantikan yang tidak terbanding untuk aku tunjukkan pada kau. Kau hanya buang masa kalau kau inginkan kecantikan lahiriah semata-mata dari aku.
Wahai bakal ayah kepada anak-anakku,
Aku tak menjanjikan yang aku mampu membahagiakan rumah tangga kita nanti, kerana aku memerlukan kau untuk bersama-sama mengharungi segala dugaan hidup pada masa akan datang dan aku dengan rela hati ingin menjadi penolong bagi membantu kau dalam menegakkan agama ALLAH ini. Aku nak kau tau yang aku masih kekurangan ilmu agama, tapi dengan sedikit ilmu yang telah aku tuntut dulu , aku ingin menjadi seorang isteri yang sentiasa mendapat redha-NYA dan redha suamiku sendiri bagi memudahkan aku untuk mendidik anak-anak kita nanti.
Wahai bakal peneman hidupku,
Aku harap kau tau yang aku tak menginginkan hantaran yang bersusun dan mas kahwin yang mahal ketika pernikahan kita nanti. Sebab aku takut hati aku akan buta untuk menilai erti kita dipertemukan oleh ALLAH. Cukuplah jika hantaran untuk aku adalah AL-Quran. Sebab aku yakin Al-Quran inilah yang mampu memimpin kebahagiaan rumahtangga kita. Aku harap kau juga mampu untuk memimpin bakal isteri kau yang serba serbi kekurangan ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan aku untuk menyempurnakan separuh dari tanggungjawab aku terhadap agama ALLAH ini.
Sekiranya ditakdirkan kita tidak pernah kenal satu sama lain,aku harap kau mampu menerima aku seadanya sepertimana aku menerima kau seadanya. Lindungilah aku seperti mana kau lindungi deen ALLAH ini. Sayangi dan cintailah aku sepertimana kau mencintai ahli keluarga kau yang lain. Berilah aku peluang untuk terus belajar mencintai kau selepas pernikahan ini kerana aku yakin dengan ikatan yang sah ini aku mampu mengenali kau dengan lebih rapat.
Rasanya dah terlalu panjang untuk aku menulis surat ini. Cukuplah sampai di sini sahaja nukilan buat kau, wahai bakal suamiku. Aku mohon maaf kerana tiada pertemuan yang akan terjadi antara kita kerana bagi aku biarlah merindu daripada jemu bila kita disatukan nanti. Insyaallah.
Wassalam,
Tulus ikhlas,
Bakal Isterimu.
0 bibir yang berkata:
Post a Comment