Blogger Widgets

CIK ONIE DIYANA

Blogger Widgets

Thursday, January 16, 2014

Rasai Kehebatan Tuhan

Assalamualaikum....




Bila kau lihat rumah orang besar
Dengan taman bunganya yang indah
Kereta besarnya yang menjalar megah

Terus menerpa ke dalam fikiranmu
Dan terus terasa di jiwamu
Meluncur di mulutmu hebatnya tuan yang berharta itu

Tapi aku hairan denganmu
Kau tak terasa kehebatan Tuhan
Padahal Tuhan miliki lebih dari itu
Nasib manusia Tuhan yang tentukan

Dia miliki langit bumi dan seluruhnya
Dunia dan akhirat dia yang punya
Manusia dan seluruh makhluk diciptanya
Malam dan siang Tuhan yang mentadbirnya

Tiap saat kau melihatnya
Kau tak terasa apa-apa
Kau pandang bersahaja
Kau tak terasa maha agungnya
Yang empunya

Tidak kau kagum dengan Tuhan pencipta
Mujur rumah besar itu orang yang punya
Kalau kau yang punya
Tentu kau kagum dengan diri kau pula....




Thanks For Your Reading ^_ ^

Tuesday, February 26, 2013

Aku Seorang Pengintip

Assalamualaikum...








Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pemikir
Yang sentiasa berfikir adakah impian akan terzahir
Yang sentiasa menilai adakah perasaan akan terlahir
Yang sentiasa menduga bilakah anganan akan berakhir.

Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pemburu
Yang sentiasa mencari hala tuju
Yang sentiasa tertanya bilakah masa akan memberi restu.

Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pencipta
Yang sentiasa mencipta berjuta rasa
Yang sentiasa merasa pahit manis dunia.

Aku seorang pengintip
Yang juga seorang peminta
Yang sentiasa meminta kau didekatkan
Yang sentiasa meminta bala dijauhkan.

Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pelajar
Yang sentiasa menuntut untuk menjadi terpelajar
Yang sentiasa berwaspada agar tidak tersasar.

Aku seorang pengintip
Yang masih menjadi seorang pengintip 
Berusaha untuk menjadi pemikir masa depanmu
Berusaha untuk menjadi pemburu rindumu
Berusaha untuk menjadi pencipta kebahagiaanmu
Berusaha untuk menjadi peminta kasih sayangmu
Berusaha untuk menjadi pelajar rumahtanggamu.


KERANA.....


Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pencuri
Yang berusaha untuk mencuri hatimu




Thanks For Your Reading ^_ ^

Wednesday, January 23, 2013

Aku, Lelaki dan Mambang

Assalamualaikum.....



" Ala aku tau la aku tak hensem macam Zizan ko, badan tak sesasa Remy Ishak ko.. aku sedar diri aku sape. "


" Ye la, mane dia nak kat aku. Da la tak keje..Nti nak bagi dia makan ape bila kawen nanti. "


" Saya tau la saya gemok, pendek, tak hensem.. perangai pun tak semenggah... Mane layak dgn awak. "


Oh sang lelaki... Alahai si teruna..

Sikap rendah diri tu bagus, perangai low profile tu okey... tapi jangan la sampai tahap mengutuk diri sendiri. Tue dah kira tak bagus dah tu. Kalau kau cakap lebih 30 kali, maknanya memang betol la kau tak hensem.. perangai tak semenggah.. Kau nak?

Aku bukan tak suka. Tapi lebih kepada kurang gemar bila ada lelaki yg suka cakap mcm tu. Maybe sebab itu hobi dia nak isi masa lapang. Tapi bagi aku la kan. Kau sorang yang suka tagih simpati. Kau guna cara nie nak pengaruhi keputusan orang. Kau guna cara ni nak tunjukkan sejauh mana ikhlas kau, setebal mana sikap rendah diri kau. Aku lebih rasa kau ikhlas bila kau tunjukkan dengan perbuatan, bukan cakap yang pakai air liur semata-mata.


Pasal rupa dan perangai? Perlu ke? Penting ke? Utama ke?


Sebenanya pompuan nie bukan lah pikirkan pasal fizikal SANGAT. Perkataan SANGAT tue kena besarkan sket nak bagi bukti yang rupa tu penting tapi bukan keutamaan. Biar la yang sedap mata kau sendiri yang pandang. Sebab kau yang nak ngadap dia 24 jam kan.  Jangan la yang hensem sangat sampai tido pun mata terbukak. Punya semangat dapat laki hensem. Tapi tanak la yang huduh sangat. Meaning huduh tu membawak maksud tak pandai jaga penampilan. Sampai bulu idong dah terkeluar 3 hari pon tak sedar-sedar gak lagi. Yang sedang-sedang cukup la. Betol kan kita orang pompuan?


Ade pompuan yang tak pikir pasal rupa, tapi yang penting peribadi isi dalam. Pompuan-pompuan normal nie bese la kalo target buat laki mesti tanak yang jahat sangat, tanak yang baik sangat.. just nice la nabil cakap. Jangan la mafia sangat sampai sehari tak penah tak penggal kepala orang. Kang kiri kanan pegang senapang.  Aku pun tak sanggup kalo dapat lelaki baik sangat sampai terpijak semut pun berkali-kali mintak ampun nangis-nangis. Aku pun bukan baik sangat, nanti nampak sangat yang aku nie jahat sangat.. SANGAT?


As a girl, kau mesti nak soulmate kau muluk serba-serbi kan? Tapi manusia takde yang sempurna. Maybe ade yang kurang rupe, tapi lebih peribadinya.. macam tu jugak sebaliknya. Tapi kalau la 'ter'dapat yang muluk serba serbi tu. Dah terang takyah suluh awal-awal lagi aku "YES I DO. " dulu sebelum dia " WILL YOU MARRY ME. " aku...hahahaha eh terseronok pulop.


Serius balik. Maybe ape yang aku rasa nie sama dengan ape yang pompuan lain rase. Mungkin jugak sesetengah pompuan tak setuju dengan ape yang aku rase. Tapi aku pompuan normal, kalau dorang normal mesti dorang rasa perkara yang sama. Lagipun nie pendapat aku semata-mata. Tak semestinya wajib bersetuju secara berjemaah. kan kita orang pompuan?



NANTI JAP!!

Kau sebenanye merendah diri ke atau......

Nak mintak orang puji kau?


KAU: Ala aku sedar diri aku sape, muka dah la buruk, perangai pun buruk. Aku memang lelaki tak guna. Aku tau aku tak layak berdamping dengan kau.. Aku tau onie.. Aku tau.

AKU : Laaa kau jangan la cakap macam tue.. Kau ada rupa. Sebenanye ramai org kata kau hensem. Ramai kawan aku puji kau baik, hormat orang tua... dorg cakap kau elok dibuat laki. 



See, indirectly orang 'ter'puji kau... kau suka kan? suka kan?



Abis? Kalau kau tak layak dengan aku.. Aku layak berdamping dengan sape?



 HAI MAMBANG TANAH, MAMBANG API  MAMBANG ANGIN.. MAMBANG BERASAL DARI GUNUNG SI MAMBANG.. BERDAMPINGLAH DENGANKU WAHAI SI MAMBAAANG...



Aku...?? Dengan mambang?



Thanks For Your Reading ^_ ^

Sunday, January 20, 2013

Lumrah Kalendar Tahun Baru

Assalamualaikum....



Helop! Alhamdulillah bernafas lagi mak andeh nih. Selamat datang 2013! .Tak terasa macam da basi ke perasaan sambut tahun baru? Dah 20 hari berlalu, tapi macam dah 3 bulan duduk dalam tahun 2013. Mungkin aku baru tersedar dari koma 20 hari, idup-idup je terus mintak laptop kat mak then terus merepek-repek.


Wat ever la labu...


Kita sebangsa dah tau kan menatang kalendar tu ape? Yakni doblas keping kertas murah berisi nombor dan hari beserta CUTI-CUTI UMUM dimana setiap kotak yang special yang memang amat disayangi oleh segenap manusia-manusia bekerja di mesia nie. Aku tak terkecuali sebab aku memang pencinta kotak special dalam kalendar kuda.. Kotak special what? Maknenye kotak yang aku rase lain dari yang lain la.. Elok kotak lain ada nombor aje, tetiba tah datang dari mana tumbuh tanglung pulak, tak pasal-pasal wujud org pakai bju raya bersalam bagai, tak pun nombor plak meresap jadi warna merah..


So lepas beli !@$%^&...mesti dapat kalendar. Nak tak nak kena tgk gak kan..



1) Bese la mesti la kene tgk hari penting kita jatuh hari ape kan. Bleh la berangan barang sekati dua bila besday jatuh hari cuti sabtu ahad memang sedap la kalo nak berjimba ngan member.. dan ternyata aku bernasib baik! agagagagaga.



2) Tipu sangat la kalo dapat kalendar kau tak check raya puasa bulan berapa.  Kau tak selidik dulu puasa bila tapi kau sebok sembang raya jatuh hari apa. Ironi sungguh. Pastu siap set bape hari nak ambik cuti raya. Padahal baru nak jenguk tahun baru. Raya ujung taun!



3) Pakar pakar analisis tak berlesen tgh start nak buat kajian tentang cuti-cuti umum. Bulan mana yang paling byk cuti. Ala dah biasa kaji bai... orang tau la



4) Tengok tarikh-tarikh best la ala-ala kenangan yg meresap kalbu konon-konon nak cite " nenek ngan atuk kau dulu kawen tarikh best. Suwit muwit je tarikh yg nenek pilih kan. "  Lain plak cite si abah yang sebok bagi cadangan " Cuba tgk 11.12.2013.. cun  pulak sultan selangor sambut besday. bleh la kita buat kenduri. kenduri apa-apa je. " Senangnya jadi abah kan.



5) Ni lumrah tiap-tiap ujung bulan. Bulan satu belum abis dah kelam kabut menggelupur nak tgk cuti umum bulan 2.. memang hantu cuti! 



# Eh bukan aritu kau dah pasang azam ke tanak malas-malas keje taun ni? belum lepas bulan satu kau dah banyak songeh.. 

Ok, kantoi. Log out. 



Thanks For Your Reading ^_ ^

Friday, November 30, 2012

Ditelan mati, diluah pun mati..

Ditelan mati mummy,
Diluah mati daddy,
Bila tak dapat kawal lagi, 
Tercekik la kau sorang diri..

Lantak kau la Onie....

Kau paham tak macamana perasaan yg sebijik macam perasaan yang aku nak try bagitau umum. Tapi sebelum tu, kau paham tak ayat sebelum ayat ni? Serabut. Tak edit, tak delete, tak touch up ape pun.. 

Yes, perasaan yang same macam kau duduk dalam kereta yg takde aircond tapi tingkap tertutup rapat sebab hujan lebat gila babai kat luar.. selang barang sesaat kau menikmati hujan rahmat yang maha lebat tu, hidung kau dah terdetect bau kentut versi telur tembelang 3 bijik plus tempoyak tumbuk pakai cili hijau..  kau nak bukak tingkap tak bleh, kau nak senyum pun kau tak mampu... Kau nak marah pun tak larat sebab sebok bernafas ikut mulut... Bile dah bulu hidung sama kerinting dengan bulu kaki, mungkin kau da tak mampu nak teruskan benafas macam manusia normal.  So,  kemam la kau sorang-sorang bau kentut tu dalam ruang kosong yg ada dlm badan kau.. sampai dia menyerap dalam kulit.. 

Tu lah yang aku rasa sekarang.. perlu ke aku cakap "yes", mesti ke aku cakap "no".. wajib ke aku cakap "dont know"... 

Atau aku terpaksa ambik jalan tengah "Yes no thank you no smoking i dont care what u say".

Maybe dengan perasaan yg menggila sebegini rupa buat aku perlu termenung lebih jauh, kena pikir dengan memakai otak pada bahagian yg paling bijak.. 

Dan buat aku perlu survey kat kedai- kedai Pak Kasim-Pak Tapa untuk cari dadu yang ada 2 jawapan aje... "Ditelan atau Diluah"... "Yes atau No" ..."Tidur atau Makan"..


Thanks For Your Reading ^_ ^

Thursday, October 18, 2012

Ketawa vs Senyum



Assalamualaikum... 
" Berapalah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis? Tentu tak semahal harga sedu sedan yang diakhiri dengan senyuman simpul...."
Jangan la ketawa sampai nampak anak tekak. Nak gelak pun tutup la mulut. Sebab tu orang tua-tua cakap, jangan ketawa seronok sangat nanti menangis....

Ya, aku percayakannya...... 

Sebab, ketawa yang keterlaluan akan buat kita buta hati... Lupa di mana kita berpijak. Alpa di mana kita berlindung..

Kalau pompuan gelak terbahak-bahak mesti orang ingat eh happy go- lucky la pompuan ni. Tapi kalau lelaki gelak menggila orang ingat omaigod macho nye dia suara garau-garau gitu.. Nope, bagi aku orang yg gelak secara membabi buta  tak kira la laki ke pompuan sebenarnya nak tarik perhatian orang lain.. 

Senyuman yang segaris cukup buat orang lain sejuk mata memandang. Juga memenuhi syarat-syarat sah rukun negara kita.. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.. sape yang tak suka dilabel sopan santun kan?  Ternak la sikap sopan santun dalam diri kita..  Mudah-mudahan ia akan jadi satu habit dalam kehidupan seharian kita.

Cukup la sekadar kita tersenyum... sebab kalau senyum koman-koman nampak lesung pipit....kalau ketawa nampak ape?

Nampak anak tekak tengah OPPA GANGNAM STYLE... Urrrgghhh bughoknye ghupe..

ANOK SAPO LA TUH..

So, senyumlah senyumlah ahai cek mek molek...

Senyum seindah suria yang membawa cahaya....


Wassalam.....=)



Thanks For Your Reading ^_ ^

Friday, October 5, 2012

Sekurang-kurangnya...

Assalamualaikum....

Hai, lame tak jumpe... =)..


"Hello, Mr Perfect"... Salah satu novel yg aku beli dekat Popular aritu. Tengok kulit buku pun da terasa -rasa kegojesan cerita tu.. So, aku beli. Ternyata aku tak terasa membazir bila beli novel nie.. Memang best. DAH MEMANG DASAR NOVEL.. name hero heroin memang tanak kalah dengan nama aku.. Muhammad Izzul Islam & Alya Adriana.. Jalan cerita yang best. Tapi niat hati budi yang tulus ikhlas nie sebenarnya bukan nak buat karangan rumusan tak lebih dari 180 patah perkataan pasal cerita nie tapi sebaliknya pengajaran yang boleh aku kupas kopek dan perah dari Hello, Mr Perfect.

Yang tersimpulnya adalah, walaupun kita cuba untuk jadi sempurna, hakikatnya kita memang tak sempurna. Walaupun ada orang kata kau seorang yg Perfectionist tapi kau je yg tau hakikatnya. Dan sudah semestinya DIA lebih mengetahui setiap inci dan sentimeter kelemahan dan kelebihan kau selaku hamba-NYA.

Selaku Menteri Penasihat Kehidupan, Menteri Kewangan Keluarga, Menteri Perhubungan Awam Keluarga, Menteri Hal Ehwal Dalaman, mak pernah pesan:

Kita nie memang tak sempurna tapi bila nak buat sesuatu tue, buatlah yang terbaik. Tak payah buat demi orang lain. Cukup yang terbaik untuk diri sendiri. Biar kita bangga dengan diri kita sendiri. Kalau kau tak tau nak buat sesuatu tu, sekurang-kurangnya kau mencuba. Sekurang-kurangnya kita ada sikit pengetahuan tentang satu benda. Jangan sampai tak tau langsung. Biar bersederhana dalam semua perkara. Jangan sempurna dalam satu perkara, yang lain ZERO!

Then, aku berpendapat kalaupun aku ke kau ke tak pandai masak yang ala-ala hotel seploh doblas bintang, Cukup lah kalau aku pandai masak makanan yang ikut selera tekak kesayangan 1 Malaysia nie. Sekurang-kurangnya kau tau time bila nak angkat cekodok bawang dari kuali, bila kuning keemasan dan bukan hitam kelegaman. Usah diimpikan Chicken Chop buatan sendiri sedangkan Siakap 3 rasa pun aku tak mampu nak bayangkan langkah-langkah pembuatannya... Tapi kalau cara makan tu aku tau la... Bukak mulut, tadah lidah, NGAP!

Dan kalaupun kau tak tau nak menjahit, sekurang-kurangnya kau ada asas jahit butang baju suami kau yang terpelanting akibat terlalu boroi.. Cukuplah ade sebatang jarum dan seurat benang putih dalam umah kau. Cukup la tu.

Kalaupun kau tak tau ilmu perubatan moden  tu macamana nak blaja. Cukup la kau tau cara berubat tradisional.. Setakat simple-simple cukup la. Takde la kau dengan selambanya kunyah daun kunyit buat buang bisa kene sengat lebah. Buat malu je.

Aku berpendapat sesetengah orang tak tahan dengan kehadiran SI PERFECTIONIST dalam hidup diorang. Sebab orang spesis nie adalah seoang yang sangat cerewet tahap mak enon terlanggar batu walaupun sekecil-kecil perkara. TERUTAMA skali bila melibatkan orang lain sebagai contoh buat assignment ataupun group project..

Maybe kau akan kata " Eleh, ye la. Dia lain la. dia kan perfect. Sume benda dia tau. Sume benda dia boleh buat. Kita nie ape yang tau, sume benda tak tau".

Hei hei hei, dengar sini..  Aku ade terdengar ayat berbau cemburu busuk ati tungkik kat situ.  Kau, aku dan dia sume sama je sejak dari lahir. Dia tak lahir dengan sijil PHD di tangan.. Dia lahir dengan bunyi tangisan dulu bukan dengan suara hafal sifir 21 terus. Dia sama je dengan kita. CUMA dia rajin untuk mencuba sesuatu, dia rajin untuk belajar sesuatu. sebabnya adalah RAJIN.. Tue sebab orang kata dia perfect. So, kau tak boleh nak cakap apa. Kau rajin ke?

Bagi kita plak yang suke sangat cakap belakang terhadap orang yang perfect nie. Sedar-sedar la diri tu awal-awal. Nah amik duit RM2.50 ni pergi beli cermin kat kedai Bahrin nun, cermin diri siap-siap. Dah tau diri tu tak perfect, kita cubalah belajar. Bukan sebok nak kutuk orang ngata orang sana-sini. Bila dah abis blaja kat skola atau universiti wat ever, tak bemakna kau dah tak bleh nak blaja lagi. banyak lagi benda yang kau boleh blaja. Istilah OTAK BERKARAT tu dah tak boleh pakai lagi.

Setiap hari-hari yang kita lalui adalah hari untuk kita belajar.. Tak perlu buku rujukan baya kamus dewan. Blaja nie tak payah pakai buku pun takpe. Kau bercinta ada pakai buku?? Takde plak kan? Dalam silibus sekolah takde pun masuk bab cinta nie, boleh je kau setel sendiri.. Kita boleh blaja dari pengalaman harian kita, dari orang sekeliling, dari bebelan mak, dari teguran bersulam makian bos, kata-kata sinis dan perlian member, dari mane-mane la..Sume tu bleh jadi pusat sumber kita.

 Maka, sama-sama la kita belajar untuk menjadi yang terbaik, tak perlu menjadi seorang yang sempurna, cukuplah kita bersederhana dalam semua perkara. Sebab kita memang tak sempurna. SEKURANG-KURANGNYA kita boleh berbangga dengan diri sendiri. Itu pun dah cukup..kan?


P/s : Even kau bukan jenis "stok masjid", sekurang-kurangnya kau mampu pimpin keluarga kau ke Jannah ALLAH...

Ting Tong!!

Mak, Onie da balik!

Unie dari mana?

Dari dewan, dengar ceramah pasal dadah....

Mak nie asik tergigit lidah dari tadi, Unie ada mengata mak ke?

.....................................................

Thanks For Your Reading ^_ ^

Followers