Blogger Widgets
Blogger Widgets

Tuesday, February 26, 2013

Aku Seorang Pengintip

Assalamualaikum...








Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pemikir
Yang sentiasa berfikir adakah impian akan terzahir
Yang sentiasa menilai adakah perasaan akan terlahir
Yang sentiasa menduga bilakah anganan akan berakhir.

Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pemburu
Yang sentiasa mencari hala tuju
Yang sentiasa tertanya bilakah masa akan memberi restu.

Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pencipta
Yang sentiasa mencipta berjuta rasa
Yang sentiasa merasa pahit manis dunia.

Aku seorang pengintip
Yang juga seorang peminta
Yang sentiasa meminta kau didekatkan
Yang sentiasa meminta bala dijauhkan.

Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pelajar
Yang sentiasa menuntut untuk menjadi terpelajar
Yang sentiasa berwaspada agar tidak tersasar.

Aku seorang pengintip
Yang masih menjadi seorang pengintip 
Berusaha untuk menjadi pemikir masa depanmu
Berusaha untuk menjadi pemburu rindumu
Berusaha untuk menjadi pencipta kebahagiaanmu
Berusaha untuk menjadi peminta kasih sayangmu
Berusaha untuk menjadi pelajar rumahtanggamu.


KERANA.....


Aku seorang pengintip
Yang juga seorang pencuri
Yang berusaha untuk mencuri hatimu




Thanks For Your Reading ^_ ^

0 bibir yang berkata:

Followers