You are not alone
I am here with you
Though you’re far
away
I am here to stay
You are not alone
I am here with you
Though we’re far
apart
You’re always in my
heart
Sometimes kau akan rasa diri kau
keseorangan bila rasa kau rasa sedih or serabut. Sebab kau rasa orang lain tak
rasa sama yang macam kau alami. Cuma yang dorang tau bersimpati.
“ Sabar la, anggap je tu sume dugaan untuk kau”
“ Kau senang la cakap.. kau tak kena, cube kau kena, padan muka kau”
Bukk… kau jangan kecik ati ape
yang kawan kau yang tengah serabut tu cakap.. bila otak dia serabut, ayat dia
pun lintang pukang. Dan ada masanya kau tak tau macamana nak handle kawan or
family kau yang tengah serabut.
Bagi kau, objektif utama kau
adalah untuk selesaikan masalah dia.. di sini aku nak ingatkan, SILA TUKAR SIAP-SIAP OBJEKTIF UTAMA KAU. Persiapkan
diri kau, muhasabah diri kau, sedarkan diri kau.. kau bukan siapa-siapa untuk
selesaikan masalah dia. Kau bukan siapa-siapa nak buat keputusan bagi pihak dia…
Kau cuma perlu pastikan yang dia tak
keseorangan bila dia tengah serabut.
1) Jangan banyak tanya
Bila kau nampak muka kawan kau
yang keruh macam kena simbah lumpur jangan la kau terus bom dia dengan macam-macam
soalan. Selagi kau nak tau, selagi tu la kau nak tanya.
Ada 2 jenis manusia
bila diserang masalah serabut otak. Satu, ada yang jenis peram sampai busuk..
dua, jenis yang suka luah sebelum jadi basi.
So sebagai member mithali, kau
kena pandai main peranan. Ikut situasi. Jangan main taram je nak tanya. Jangan paksa
dia untuk cerita problem dia. Sebaiknya, tunggu dia sendiri terbukak ati sanubari jiwa raga nak cerita. Lain la kalau dia buat jenayah, baru la kau paksa.
Then, jangan
tanya bertubi-tubi.. kalah wartawan gosip. Satu lagi, jangan menyampuk
kalau tanak kena hempuk.. FOKUS PADA
PUNCA SERABUT DIA JE.. jangan time tu kau pun sibuk la nak cerita masalah kau..
penyudahnya, kawan kau yang tengah serabut tu pujuk kau plak.
2)Bawak dia ke tempat yang tenang
Jangan kau salah paham, asal tempat yg
tinggi macam Jambatan Pulau Pinang tu mesti tempat bunuh diri. Tempat yang tinggi
& berangin jugak mampu bagi ketenangan kepada manusia berkepala serabut. So,
option lain adalah taman bunga, taman rama-rama mahupun taman buaya. So, bawak
la dia ke situ. Bagi mood dia stabil dulu.
Maybe, dekat situ dia selesa untuk story-mory problem dia kat kau.. dan kau
pun selesa nak tamak haloba korek cerita dengan dia.
Tapi AWAS! Jangan kau bawak dia kat pasar Rabu yang huru-hara tue. Elok-elok
dia tengah pilih daging segar, jam-jam tu gak la kau nak tanya pum-pam-pum-pam
kat dia. Jangan salahkan aku bila pisau pemotong daging singgah sebentar bersama KITKAT kat kepala kau.
3) Pinjamkan bahu
Pe salahnya kalau kau sedekahkan kejap bahu kau untuk dia landing maut membuang segala suka duka rasa tercipta barang sesaat dua. tapi AWAS! hanya untuk kaum sejenis dan golongan muhrim aje keh.. jangan nak memandai-mandai gatal miang keladi nak ambik kesempatan, dedikasi kepada sape yg terasa.. kepada kaum yang bajet macho, cukup la 2-3 kali debik secara berhemah kat bahu dia sebagai tanda bagi semangat kat dia.
Kau tunjukkan kat dia yg kau nie bukan kawan dia time senang je.. time susah kau tinggalkan dia bersepai macam tu je. Xyah susah-susah. Cukup sekadar dia tak rasa keseorangan bila dia sedih. Xyah sebok nak menabur bakti tolong nyanyikan lagu.. nak-nak plak kebetulan kerongkong kau memang jenis yg rosak teruk cedera parah punye jenis.
Bukan pe, at least dia lupa sekejap masalah dia. Xde la muka macam tapai basi je. Perah la otak skali skala tolong kawan bagi cadangan yg bernas ke.. x bernas pun xpe asalkan logik akal manusia biasa. tu pun leh membantu... Kot la.
4) Kata-Kata Positif

'' Tu la kau, aku da cakap tapi kau degil. Kan dah kena. Degil lagi cakap aku.. Ujung- ujung cerita, aku gak yang kau seret dalam masalah kau."
Dah kawan tu tgh biol, jangan la kau tambah sewelkan otak dia. Ape punya kawan la kau nie. Cuba bagi kata-kata positif sikit.
"Mat, kau jgn la risau. Aku yakin mesti ade hikmah di sebalik masalah kau ni. kau sabar je la ea."
Walaupun kau sendiri tak yakin dengan ape yg kau cakap, kau cuba la yakin kan dia. Sebab bila org tengah serabut, tahap self esteem dia akan jatuh merudum. So, kau pandai-pandai la nak hidup. Pum pam pum pam la ape yg patut.
Rasenye tu je la.. Sekian saja CERAMAH TAUHID FEKAH saya pada hari ini.
P/s : Jadi lah manusia yg sentiasa menyenangkan hati org lain.. Insyaallah DIA akan kurniakan seorang manusia untuk menemani anda seumur hidup dan sentiasa menenangkan hati anda di kala kesedihan.. Waaaaaaaaaaaaaa gitu dia...
DONT WORRY... YOU ARE NOT ALONE
Wassalam
0 bibir yang berkata:
Post a Comment