Blogger Widgets
Blogger Widgets

Thursday, June 14, 2012

"LIKE" di Facebook


Assalamualaikum..

 Button “like”… Dey tambichi setakat “like” je pun bleh jadi isu ke?.  FYI, aku teramat suka button “LIKE” nie. Sebenarnya, bukan la isu besar mane pun, cuma aku nak share perasaan aku bila ada orang “like” status aku dan aku menge”LIKE” status orang. Konsep GIVE & TAKE okeh..

So, sebab ape aku suke menge”LIKE” status dan status aku di”LIKE”?

1) Rasa disukai
Nope, nie bukan perasan keh.. Dah makna “LIKE” =  suka.. so, sedang apa dan dimana la aku rasa disukai bile aku update status & org menge“LIKE” status aku.

2) Bila ade member update status kat wall, aku suka baca tapi  kadang-kadang taktau nak komen ape. Taktau nak cakap ape. Tak paham ape perasaan yg diorang cuba sampaikan. Kang kalau salah bagi komen dah jadi bahan gadoh plak..  Elok-elok kawan tu tengah update status yg sedih-sedih, datang aku plak konon-konon buat lawak mangkuk tingkat dengan niat jujur ikhlas nak gembirakan ati kawan tu.. Cun plak kawan tu mood tengah swing, mau jalan mengundur aku pergi-balik keje... So, “LIKE” je la yang mampu.

3) Satu lagi, bila hati dah berkobar-kobar semangat jiwa raga nak komen status member, mesti aku rase “ALAMAK TAKPE KE KALAU KOMEN NI? TAK KACAU DORANG NAK SEMBANG KE?.. bila ternampak member-member lain yang respon yang kebetulan BUKAN KAWAN AKU. Nak-nak plak bile komen dorang da meleret sampai patploh-limaploh komen.. Aku nak tanya, kau ade selera nak kacau orang lain nyembang yang takde kaitan ngan kau? Mak aku pesan, Orang tua-tua sembang jangan menyampuk, nanti kene hempuk.. so, tumpang “LIKE” je la..

4) Selaku masyarakat prihatin yang sentiasa mendengar keluhan serta pujian apatah lagi makian, aku akan sentiasa menge”LIKE” status member. Aku pun pandai gak nak show off kat orang yang aku nie ada gak bukak wall dorang. So, dorang takde la kecik ati sangat aku wat dek je.. Acah-acah mesra rakyat la konon. Niat sebenar adalah saje nak tinggalkan TAPAK KAKI BERSULAM STOKIN kat wall dorang.. at least, dorg tau yang aku masih hidup.. and single..Adess tercakap plak (cubit mulut).

5) Sebab TAKDE BUTTON “DISLIKE”… sebab tu aku “like”.. ade bagusnya PAK MARK tak letak button “DISLIKE”, nanti boleh jadi kes bunuh dow.. punca gaduh, retis-retis (artis) pun leh main tarik rambut kalau tersalah “LIKE”..  jangan buat main bende kecik macam nie pun leh bawak efek kedudukan hidung kita.. samada lubang idung menghadap ke bawah atau ke atas…pilih la.


sekian dulu ceramah aku yang bertajuk “ BAGAIMANA SANG KANCIL BERJAYA PIJAK KEPALA BUAYA DAN DIA SAMPAI KE SEBERANG SUNGAI BERSAMA OTAKNYA YANG CERDIK”

Ps: Sebelum “LIKE” status orang, pikir dulu ea kawan-kawan…jangan hentam keromo je.. hehe.

Wassalam

Thanks For Your Reading ^_ ^

Followers