Blogger Widgets
Blogger Widgets

Thursday, October 18, 2012

Ketawa vs Senyum



Assalamualaikum... 
" Berapalah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis? Tentu tak semahal harga sedu sedan yang diakhiri dengan senyuman simpul...."
Jangan la ketawa sampai nampak anak tekak. Nak gelak pun tutup la mulut. Sebab tu orang tua-tua cakap, jangan ketawa seronok sangat nanti menangis....

Ya, aku percayakannya...... 

Sebab, ketawa yang keterlaluan akan buat kita buta hati... Lupa di mana kita berpijak. Alpa di mana kita berlindung..

Kalau pompuan gelak terbahak-bahak mesti orang ingat eh happy go- lucky la pompuan ni. Tapi kalau lelaki gelak menggila orang ingat omaigod macho nye dia suara garau-garau gitu.. Nope, bagi aku orang yg gelak secara membabi buta  tak kira la laki ke pompuan sebenarnya nak tarik perhatian orang lain.. 

Senyuman yang segaris cukup buat orang lain sejuk mata memandang. Juga memenuhi syarat-syarat sah rukun negara kita.. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.. sape yang tak suka dilabel sopan santun kan?  Ternak la sikap sopan santun dalam diri kita..  Mudah-mudahan ia akan jadi satu habit dalam kehidupan seharian kita.

Cukup la sekadar kita tersenyum... sebab kalau senyum koman-koman nampak lesung pipit....kalau ketawa nampak ape?

Nampak anak tekak tengah OPPA GANGNAM STYLE... Urrrgghhh bughoknye ghupe..

ANOK SAPO LA TUH..

So, senyumlah senyumlah ahai cek mek molek...

Senyum seindah suria yang membawa cahaya....


Wassalam.....=)



Thanks For Your Reading ^_ ^

Friday, October 5, 2012

Sekurang-kurangnya...

Assalamualaikum....

Hai, lame tak jumpe... =)..


"Hello, Mr Perfect"... Salah satu novel yg aku beli dekat Popular aritu. Tengok kulit buku pun da terasa -rasa kegojesan cerita tu.. So, aku beli. Ternyata aku tak terasa membazir bila beli novel nie.. Memang best. DAH MEMANG DASAR NOVEL.. name hero heroin memang tanak kalah dengan nama aku.. Muhammad Izzul Islam & Alya Adriana.. Jalan cerita yang best. Tapi niat hati budi yang tulus ikhlas nie sebenarnya bukan nak buat karangan rumusan tak lebih dari 180 patah perkataan pasal cerita nie tapi sebaliknya pengajaran yang boleh aku kupas kopek dan perah dari Hello, Mr Perfect.

Yang tersimpulnya adalah, walaupun kita cuba untuk jadi sempurna, hakikatnya kita memang tak sempurna. Walaupun ada orang kata kau seorang yg Perfectionist tapi kau je yg tau hakikatnya. Dan sudah semestinya DIA lebih mengetahui setiap inci dan sentimeter kelemahan dan kelebihan kau selaku hamba-NYA.

Selaku Menteri Penasihat Kehidupan, Menteri Kewangan Keluarga, Menteri Perhubungan Awam Keluarga, Menteri Hal Ehwal Dalaman, mak pernah pesan:

Kita nie memang tak sempurna tapi bila nak buat sesuatu tue, buatlah yang terbaik. Tak payah buat demi orang lain. Cukup yang terbaik untuk diri sendiri. Biar kita bangga dengan diri kita sendiri. Kalau kau tak tau nak buat sesuatu tu, sekurang-kurangnya kau mencuba. Sekurang-kurangnya kita ada sikit pengetahuan tentang satu benda. Jangan sampai tak tau langsung. Biar bersederhana dalam semua perkara. Jangan sempurna dalam satu perkara, yang lain ZERO!

Then, aku berpendapat kalaupun aku ke kau ke tak pandai masak yang ala-ala hotel seploh doblas bintang, Cukup lah kalau aku pandai masak makanan yang ikut selera tekak kesayangan 1 Malaysia nie. Sekurang-kurangnya kau tau time bila nak angkat cekodok bawang dari kuali, bila kuning keemasan dan bukan hitam kelegaman. Usah diimpikan Chicken Chop buatan sendiri sedangkan Siakap 3 rasa pun aku tak mampu nak bayangkan langkah-langkah pembuatannya... Tapi kalau cara makan tu aku tau la... Bukak mulut, tadah lidah, NGAP!

Dan kalaupun kau tak tau nak menjahit, sekurang-kurangnya kau ada asas jahit butang baju suami kau yang terpelanting akibat terlalu boroi.. Cukuplah ade sebatang jarum dan seurat benang putih dalam umah kau. Cukup la tu.

Kalaupun kau tak tau ilmu perubatan moden  tu macamana nak blaja. Cukup la kau tau cara berubat tradisional.. Setakat simple-simple cukup la. Takde la kau dengan selambanya kunyah daun kunyit buat buang bisa kene sengat lebah. Buat malu je.

Aku berpendapat sesetengah orang tak tahan dengan kehadiran SI PERFECTIONIST dalam hidup diorang. Sebab orang spesis nie adalah seoang yang sangat cerewet tahap mak enon terlanggar batu walaupun sekecil-kecil perkara. TERUTAMA skali bila melibatkan orang lain sebagai contoh buat assignment ataupun group project..

Maybe kau akan kata " Eleh, ye la. Dia lain la. dia kan perfect. Sume benda dia tau. Sume benda dia boleh buat. Kita nie ape yang tau, sume benda tak tau".

Hei hei hei, dengar sini..  Aku ade terdengar ayat berbau cemburu busuk ati tungkik kat situ.  Kau, aku dan dia sume sama je sejak dari lahir. Dia tak lahir dengan sijil PHD di tangan.. Dia lahir dengan bunyi tangisan dulu bukan dengan suara hafal sifir 21 terus. Dia sama je dengan kita. CUMA dia rajin untuk mencuba sesuatu, dia rajin untuk belajar sesuatu. sebabnya adalah RAJIN.. Tue sebab orang kata dia perfect. So, kau tak boleh nak cakap apa. Kau rajin ke?

Bagi kita plak yang suke sangat cakap belakang terhadap orang yang perfect nie. Sedar-sedar la diri tu awal-awal. Nah amik duit RM2.50 ni pergi beli cermin kat kedai Bahrin nun, cermin diri siap-siap. Dah tau diri tu tak perfect, kita cubalah belajar. Bukan sebok nak kutuk orang ngata orang sana-sini. Bila dah abis blaja kat skola atau universiti wat ever, tak bemakna kau dah tak bleh nak blaja lagi. banyak lagi benda yang kau boleh blaja. Istilah OTAK BERKARAT tu dah tak boleh pakai lagi.

Setiap hari-hari yang kita lalui adalah hari untuk kita belajar.. Tak perlu buku rujukan baya kamus dewan. Blaja nie tak payah pakai buku pun takpe. Kau bercinta ada pakai buku?? Takde plak kan? Dalam silibus sekolah takde pun masuk bab cinta nie, boleh je kau setel sendiri.. Kita boleh blaja dari pengalaman harian kita, dari orang sekeliling, dari bebelan mak, dari teguran bersulam makian bos, kata-kata sinis dan perlian member, dari mane-mane la..Sume tu bleh jadi pusat sumber kita.

 Maka, sama-sama la kita belajar untuk menjadi yang terbaik, tak perlu menjadi seorang yang sempurna, cukuplah kita bersederhana dalam semua perkara. Sebab kita memang tak sempurna. SEKURANG-KURANGNYA kita boleh berbangga dengan diri sendiri. Itu pun dah cukup..kan?


P/s : Even kau bukan jenis "stok masjid", sekurang-kurangnya kau mampu pimpin keluarga kau ke Jannah ALLAH...

Ting Tong!!

Mak, Onie da balik!

Unie dari mana?

Dari dewan, dengar ceramah pasal dadah....

Mak nie asik tergigit lidah dari tadi, Unie ada mengata mak ke?

.....................................................

Thanks For Your Reading ^_ ^

Tuesday, October 2, 2012

SURAT BUAT BAKAL SUAMI AKU


Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat bakal suami aku yang tak pernah aku temui. Moga ALLAH sentiasa melindungi dan memberkatimu dan juga keluargamu.


Wahai bakal suamiku,

Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…

Kalau harta yang kau inginkan, aku nak kau tau yang aku tak ada apa-apa harta melainkan ilmu agama yang telah diajarkan oleh mak dan abah aku. Aku nak kau tau yang aku takde harta untuk aku persembahkan dalam akad nikah kita nanti. Dan aku nak kau tau yang takde jaminan kau akan dapat  kesenangan harta benda bila kita kawin nanti.

Kalau keturunan mulia yang kau kejarkan, aku nak kau tahu susur galur keturunan keluarga aku. Keluarga aku bukanlah datang dari keturunan ternama. Tidak bergelar Syed-Syarifah, apatah lagi berketurunan kerabat diraja. Tapi apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia Nabi Adam A.S  dan Hawa A.S.. Sama macam kau.

Kalau kecantikan yang kau nakkan dari aku, kau dah salah sangka. Takde kecantikan yang tidak terbanding untuk aku tunjukkan pada kau. Kau hanya buang masa kalau kau inginkan kecantikan lahiriah semata-mata dari aku.
  

Wahai bakal ayah kepada anak-anakku,

Aku tak menjanjikan yang aku mampu membahagiakan rumah tangga kita nanti, kerana aku memerlukan kau untuk bersama-sama mengharungi segala dugaan hidup pada masa akan datang dan aku dengan rela hati ingin menjadi penolong bagi membantu kau dalam menegakkan agama ALLAH  ini. Aku nak kau tau yang aku masih kekurangan ilmu agama, tapi dengan sedikit ilmu yang telah aku tuntut dulu , aku ingin menjadi seorang isteri yang sentiasa mendapat redha-NYA dan redha suamiku sendiri bagi memudahkan aku untuk mendidik anak-anak kita nanti.


Wahai bakal peneman hidupku,

Aku harap kau tau yang aku tak menginginkan hantaran yang bersusun dan mas kahwin yang mahal ketika pernikahan kita nanti. Sebab aku takut hati aku akan buta untuk menilai erti kita dipertemukan oleh ALLAH. Cukuplah jika hantaran untuk aku adalah AL-Quran. Sebab aku yakin Al-Quran inilah yang mampu memimpin kebahagiaan rumahtangga kita. Aku harap kau juga mampu untuk memimpin bakal isteri kau  yang serba serbi kekurangan ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan aku untuk menyempurnakan separuh dari tanggungjawab aku terhadap agama ALLAH ini. 

Sekiranya ditakdirkan kita tidak pernah kenal satu sama lain,aku harap kau mampu menerima aku seadanya sepertimana aku menerima kau seadanya. Lindungilah aku seperti mana kau lindungi deen ALLAH ini. Sayangi dan cintailah aku sepertimana kau mencintai ahli keluarga kau yang lain. Berilah aku peluang untuk terus belajar mencintai kau selepas pernikahan ini kerana  aku yakin dengan ikatan yang sah ini aku mampu mengenali kau dengan lebih rapat.  

Rasanya dah terlalu panjang untuk aku menulis surat ini. Cukuplah sampai di sini sahaja nukilan buat kau, wahai bakal suamiku. Aku mohon maaf kerana tiada pertemuan yang akan terjadi antara kita kerana bagi aku biarlah merindu daripada jemu bila kita disatukan nanti. Insyaallah.
  
Wassalam,


Tulus ikhlas,
Bakal Isterimu.

Thanks For Your Reading ^_ ^

Followers