Blogger Widgets
Blogger Widgets

Friday, November 30, 2012

Ditelan mati, diluah pun mati..

Ditelan mati mummy,
Diluah mati daddy,
Bila tak dapat kawal lagi, 
Tercekik la kau sorang diri..

Lantak kau la Onie....

Kau paham tak macamana perasaan yg sebijik macam perasaan yang aku nak try bagitau umum. Tapi sebelum tu, kau paham tak ayat sebelum ayat ni? Serabut. Tak edit, tak delete, tak touch up ape pun.. 

Yes, perasaan yang same macam kau duduk dalam kereta yg takde aircond tapi tingkap tertutup rapat sebab hujan lebat gila babai kat luar.. selang barang sesaat kau menikmati hujan rahmat yang maha lebat tu, hidung kau dah terdetect bau kentut versi telur tembelang 3 bijik plus tempoyak tumbuk pakai cili hijau..  kau nak bukak tingkap tak bleh, kau nak senyum pun kau tak mampu... Kau nak marah pun tak larat sebab sebok bernafas ikut mulut... Bile dah bulu hidung sama kerinting dengan bulu kaki, mungkin kau da tak mampu nak teruskan benafas macam manusia normal.  So,  kemam la kau sorang-sorang bau kentut tu dalam ruang kosong yg ada dlm badan kau.. sampai dia menyerap dalam kulit.. 

Tu lah yang aku rasa sekarang.. perlu ke aku cakap "yes", mesti ke aku cakap "no".. wajib ke aku cakap "dont know"... 

Atau aku terpaksa ambik jalan tengah "Yes no thank you no smoking i dont care what u say".

Maybe dengan perasaan yg menggila sebegini rupa buat aku perlu termenung lebih jauh, kena pikir dengan memakai otak pada bahagian yg paling bijak.. 

Dan buat aku perlu survey kat kedai- kedai Pak Kasim-Pak Tapa untuk cari dadu yang ada 2 jawapan aje... "Ditelan atau Diluah"... "Yes atau No" ..."Tidur atau Makan"..


Thanks For Your Reading ^_ ^

Thursday, October 18, 2012

Ketawa vs Senyum



Assalamualaikum... 
" Berapalah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis? Tentu tak semahal harga sedu sedan yang diakhiri dengan senyuman simpul...."
Jangan la ketawa sampai nampak anak tekak. Nak gelak pun tutup la mulut. Sebab tu orang tua-tua cakap, jangan ketawa seronok sangat nanti menangis....

Ya, aku percayakannya...... 

Sebab, ketawa yang keterlaluan akan buat kita buta hati... Lupa di mana kita berpijak. Alpa di mana kita berlindung..

Kalau pompuan gelak terbahak-bahak mesti orang ingat eh happy go- lucky la pompuan ni. Tapi kalau lelaki gelak menggila orang ingat omaigod macho nye dia suara garau-garau gitu.. Nope, bagi aku orang yg gelak secara membabi buta  tak kira la laki ke pompuan sebenarnya nak tarik perhatian orang lain.. 

Senyuman yang segaris cukup buat orang lain sejuk mata memandang. Juga memenuhi syarat-syarat sah rukun negara kita.. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.. sape yang tak suka dilabel sopan santun kan?  Ternak la sikap sopan santun dalam diri kita..  Mudah-mudahan ia akan jadi satu habit dalam kehidupan seharian kita.

Cukup la sekadar kita tersenyum... sebab kalau senyum koman-koman nampak lesung pipit....kalau ketawa nampak ape?

Nampak anak tekak tengah OPPA GANGNAM STYLE... Urrrgghhh bughoknye ghupe..

ANOK SAPO LA TUH..

So, senyumlah senyumlah ahai cek mek molek...

Senyum seindah suria yang membawa cahaya....


Wassalam.....=)



Thanks For Your Reading ^_ ^

Friday, October 5, 2012

Sekurang-kurangnya...

Assalamualaikum....

Hai, lame tak jumpe... =)..


"Hello, Mr Perfect"... Salah satu novel yg aku beli dekat Popular aritu. Tengok kulit buku pun da terasa -rasa kegojesan cerita tu.. So, aku beli. Ternyata aku tak terasa membazir bila beli novel nie.. Memang best. DAH MEMANG DASAR NOVEL.. name hero heroin memang tanak kalah dengan nama aku.. Muhammad Izzul Islam & Alya Adriana.. Jalan cerita yang best. Tapi niat hati budi yang tulus ikhlas nie sebenarnya bukan nak buat karangan rumusan tak lebih dari 180 patah perkataan pasal cerita nie tapi sebaliknya pengajaran yang boleh aku kupas kopek dan perah dari Hello, Mr Perfect.

Yang tersimpulnya adalah, walaupun kita cuba untuk jadi sempurna, hakikatnya kita memang tak sempurna. Walaupun ada orang kata kau seorang yg Perfectionist tapi kau je yg tau hakikatnya. Dan sudah semestinya DIA lebih mengetahui setiap inci dan sentimeter kelemahan dan kelebihan kau selaku hamba-NYA.

Selaku Menteri Penasihat Kehidupan, Menteri Kewangan Keluarga, Menteri Perhubungan Awam Keluarga, Menteri Hal Ehwal Dalaman, mak pernah pesan:

Kita nie memang tak sempurna tapi bila nak buat sesuatu tue, buatlah yang terbaik. Tak payah buat demi orang lain. Cukup yang terbaik untuk diri sendiri. Biar kita bangga dengan diri kita sendiri. Kalau kau tak tau nak buat sesuatu tu, sekurang-kurangnya kau mencuba. Sekurang-kurangnya kita ada sikit pengetahuan tentang satu benda. Jangan sampai tak tau langsung. Biar bersederhana dalam semua perkara. Jangan sempurna dalam satu perkara, yang lain ZERO!

Then, aku berpendapat kalaupun aku ke kau ke tak pandai masak yang ala-ala hotel seploh doblas bintang, Cukup lah kalau aku pandai masak makanan yang ikut selera tekak kesayangan 1 Malaysia nie. Sekurang-kurangnya kau tau time bila nak angkat cekodok bawang dari kuali, bila kuning keemasan dan bukan hitam kelegaman. Usah diimpikan Chicken Chop buatan sendiri sedangkan Siakap 3 rasa pun aku tak mampu nak bayangkan langkah-langkah pembuatannya... Tapi kalau cara makan tu aku tau la... Bukak mulut, tadah lidah, NGAP!

Dan kalaupun kau tak tau nak menjahit, sekurang-kurangnya kau ada asas jahit butang baju suami kau yang terpelanting akibat terlalu boroi.. Cukuplah ade sebatang jarum dan seurat benang putih dalam umah kau. Cukup la tu.

Kalaupun kau tak tau ilmu perubatan moden  tu macamana nak blaja. Cukup la kau tau cara berubat tradisional.. Setakat simple-simple cukup la. Takde la kau dengan selambanya kunyah daun kunyit buat buang bisa kene sengat lebah. Buat malu je.

Aku berpendapat sesetengah orang tak tahan dengan kehadiran SI PERFECTIONIST dalam hidup diorang. Sebab orang spesis nie adalah seoang yang sangat cerewet tahap mak enon terlanggar batu walaupun sekecil-kecil perkara. TERUTAMA skali bila melibatkan orang lain sebagai contoh buat assignment ataupun group project..

Maybe kau akan kata " Eleh, ye la. Dia lain la. dia kan perfect. Sume benda dia tau. Sume benda dia boleh buat. Kita nie ape yang tau, sume benda tak tau".

Hei hei hei, dengar sini..  Aku ade terdengar ayat berbau cemburu busuk ati tungkik kat situ.  Kau, aku dan dia sume sama je sejak dari lahir. Dia tak lahir dengan sijil PHD di tangan.. Dia lahir dengan bunyi tangisan dulu bukan dengan suara hafal sifir 21 terus. Dia sama je dengan kita. CUMA dia rajin untuk mencuba sesuatu, dia rajin untuk belajar sesuatu. sebabnya adalah RAJIN.. Tue sebab orang kata dia perfect. So, kau tak boleh nak cakap apa. Kau rajin ke?

Bagi kita plak yang suke sangat cakap belakang terhadap orang yang perfect nie. Sedar-sedar la diri tu awal-awal. Nah amik duit RM2.50 ni pergi beli cermin kat kedai Bahrin nun, cermin diri siap-siap. Dah tau diri tu tak perfect, kita cubalah belajar. Bukan sebok nak kutuk orang ngata orang sana-sini. Bila dah abis blaja kat skola atau universiti wat ever, tak bemakna kau dah tak bleh nak blaja lagi. banyak lagi benda yang kau boleh blaja. Istilah OTAK BERKARAT tu dah tak boleh pakai lagi.

Setiap hari-hari yang kita lalui adalah hari untuk kita belajar.. Tak perlu buku rujukan baya kamus dewan. Blaja nie tak payah pakai buku pun takpe. Kau bercinta ada pakai buku?? Takde plak kan? Dalam silibus sekolah takde pun masuk bab cinta nie, boleh je kau setel sendiri.. Kita boleh blaja dari pengalaman harian kita, dari orang sekeliling, dari bebelan mak, dari teguran bersulam makian bos, kata-kata sinis dan perlian member, dari mane-mane la..Sume tu bleh jadi pusat sumber kita.

 Maka, sama-sama la kita belajar untuk menjadi yang terbaik, tak perlu menjadi seorang yang sempurna, cukuplah kita bersederhana dalam semua perkara. Sebab kita memang tak sempurna. SEKURANG-KURANGNYA kita boleh berbangga dengan diri sendiri. Itu pun dah cukup..kan?


P/s : Even kau bukan jenis "stok masjid", sekurang-kurangnya kau mampu pimpin keluarga kau ke Jannah ALLAH...

Ting Tong!!

Mak, Onie da balik!

Unie dari mana?

Dari dewan, dengar ceramah pasal dadah....

Mak nie asik tergigit lidah dari tadi, Unie ada mengata mak ke?

.....................................................

Thanks For Your Reading ^_ ^

Tuesday, October 2, 2012

SURAT BUAT BAKAL SUAMI AKU


Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat bakal suami aku yang tak pernah aku temui. Moga ALLAH sentiasa melindungi dan memberkatimu dan juga keluargamu.


Wahai bakal suamiku,

Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…

Kalau harta yang kau inginkan, aku nak kau tau yang aku tak ada apa-apa harta melainkan ilmu agama yang telah diajarkan oleh mak dan abah aku. Aku nak kau tau yang aku takde harta untuk aku persembahkan dalam akad nikah kita nanti. Dan aku nak kau tau yang takde jaminan kau akan dapat  kesenangan harta benda bila kita kawin nanti.

Kalau keturunan mulia yang kau kejarkan, aku nak kau tahu susur galur keturunan keluarga aku. Keluarga aku bukanlah datang dari keturunan ternama. Tidak bergelar Syed-Syarifah, apatah lagi berketurunan kerabat diraja. Tapi apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia Nabi Adam A.S  dan Hawa A.S.. Sama macam kau.

Kalau kecantikan yang kau nakkan dari aku, kau dah salah sangka. Takde kecantikan yang tidak terbanding untuk aku tunjukkan pada kau. Kau hanya buang masa kalau kau inginkan kecantikan lahiriah semata-mata dari aku.
  

Wahai bakal ayah kepada anak-anakku,

Aku tak menjanjikan yang aku mampu membahagiakan rumah tangga kita nanti, kerana aku memerlukan kau untuk bersama-sama mengharungi segala dugaan hidup pada masa akan datang dan aku dengan rela hati ingin menjadi penolong bagi membantu kau dalam menegakkan agama ALLAH  ini. Aku nak kau tau yang aku masih kekurangan ilmu agama, tapi dengan sedikit ilmu yang telah aku tuntut dulu , aku ingin menjadi seorang isteri yang sentiasa mendapat redha-NYA dan redha suamiku sendiri bagi memudahkan aku untuk mendidik anak-anak kita nanti.


Wahai bakal peneman hidupku,

Aku harap kau tau yang aku tak menginginkan hantaran yang bersusun dan mas kahwin yang mahal ketika pernikahan kita nanti. Sebab aku takut hati aku akan buta untuk menilai erti kita dipertemukan oleh ALLAH. Cukuplah jika hantaran untuk aku adalah AL-Quran. Sebab aku yakin Al-Quran inilah yang mampu memimpin kebahagiaan rumahtangga kita. Aku harap kau juga mampu untuk memimpin bakal isteri kau  yang serba serbi kekurangan ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan aku untuk menyempurnakan separuh dari tanggungjawab aku terhadap agama ALLAH ini. 

Sekiranya ditakdirkan kita tidak pernah kenal satu sama lain,aku harap kau mampu menerima aku seadanya sepertimana aku menerima kau seadanya. Lindungilah aku seperti mana kau lindungi deen ALLAH ini. Sayangi dan cintailah aku sepertimana kau mencintai ahli keluarga kau yang lain. Berilah aku peluang untuk terus belajar mencintai kau selepas pernikahan ini kerana  aku yakin dengan ikatan yang sah ini aku mampu mengenali kau dengan lebih rapat.  

Rasanya dah terlalu panjang untuk aku menulis surat ini. Cukuplah sampai di sini sahaja nukilan buat kau, wahai bakal suamiku. Aku mohon maaf kerana tiada pertemuan yang akan terjadi antara kita kerana bagi aku biarlah merindu daripada jemu bila kita disatukan nanti. Insyaallah.
  
Wassalam,


Tulus ikhlas,
Bakal Isterimu.

Thanks For Your Reading ^_ ^

Wednesday, September 12, 2012

You are not Alone



You are not alone
I am here with you
Though you’re far away
I am here to stay
You are not alone
I am here with you
Though we’re far apart
You’re always in my heart


Sometimes kau akan rasa diri kau keseorangan bila rasa kau rasa sedih or serabut. Sebab kau rasa orang lain tak rasa sama yang macam kau alami. Cuma yang dorang tau bersimpati.

 “ Sabar la, anggap je tu sume dugaan  untuk kau”
 “ Kau senang la cakap.. kau tak kena, cube kau kena, padan muka kau”


Bukk… kau jangan kecik ati ape yang kawan kau yang tengah serabut tu cakap.. bila otak dia serabut, ayat dia pun lintang pukang. Dan ada masanya kau tak tau macamana nak handle kawan or family kau yang tengah serabut.

Bagi kau, objektif utama kau adalah untuk selesaikan masalah dia..  di sini aku nak ingatkan, SILA TUKAR SIAP-SIAP OBJEKTIF UTAMA KAU. Persiapkan diri kau, muhasabah diri kau, sedarkan diri kau.. kau bukan siapa-siapa untuk selesaikan masalah dia. Kau bukan siapa-siapa nak buat keputusan bagi pihak dia… Kau cuma perlu pastikan yang dia tak keseorangan bila dia tengah serabut.


1) Jangan banyak tanya

Bila kau nampak muka kawan kau yang keruh macam kena simbah lumpur jangan la kau terus bom dia dengan macam-macam soalan. Selagi kau nak tau, selagi tu la kau nak tanya. 

Ada 2 jenis manusia bila diserang masalah serabut otak. Satu, ada yang jenis peram sampai busuk.. dua, jenis yang suka luah sebelum jadi basi.

So sebagai member mithali, kau kena pandai main peranan. Ikut situasi. Jangan main taram je nak tanya. Jangan paksa dia untuk cerita problem dia. Sebaiknya, tunggu dia sendiri terbukak ati sanubari jiwa raga nak cerita. Lain la kalau dia buat jenayah, baru la kau paksa. 

Then, jangan tanya bertubi-tubi.. kalah wartawan gosip. Satu lagi, jangan menyampuk kalau tanak kena hempuk.. FOKUS PADA PUNCA SERABUT DIA JE.. jangan time tu kau pun sibuk la nak cerita masalah kau.. penyudahnya, kawan kau yang tengah serabut tu pujuk kau plak.


2)Bawak dia ke tempat yang tenang

Jangan kau salah paham, asal tempat yg tinggi macam Jambatan Pulau Pinang tu mesti  tempat bunuh diri. Tempat yang tinggi & berangin jugak mampu bagi ketenangan kepada manusia berkepala serabut. So, option lain adalah taman bunga, taman rama-rama mahupun taman buaya. So, bawak la dia ke situ. Bagi mood dia stabil dulu.

 Maybe, dekat situ dia selesa untuk story-mory problem dia kat kau.. dan kau pun selesa nak tamak haloba korek cerita dengan dia.

Tapi AWAS! Jangan kau bawak dia kat pasar Rabu yang huru-hara tue. Elok-elok dia tengah pilih daging segar, jam-jam tu gak la kau nak tanya pum-pam-pum-pam kat dia. Jangan salahkan aku bila pisau pemotong daging singgah sebentar bersama KITKAT kat kepala kau.


3) Pinjamkan bahu


Pe salahnya kalau kau sedekahkan kejap bahu kau untuk dia landing maut membuang segala suka duka rasa tercipta barang sesaat dua. tapi AWAS! hanya untuk kaum sejenis dan golongan muhrim aje keh.. jangan nak memandai-mandai gatal miang keladi nak ambik kesempatan, dedikasi kepada sape yg terasa.. kepada kaum yang bajet macho, cukup la 2-3 kali debik secara berhemah kat bahu dia sebagai tanda bagi semangat kat dia.


Kau tunjukkan kat dia yg kau nie bukan kawan dia time senang je.. time susah kau tinggalkan dia bersepai macam tu je. Xyah susah-susah. Cukup sekadar dia tak rasa keseorangan bila dia sedih. Xyah sebok nak  menabur bakti tolong nyanyikan lagu.. nak-nak plak kebetulan kerongkong kau memang jenis yg rosak teruk  cedera parah punye jenis. 


Bukan pe, at least dia lupa sekejap masalah dia. Xde la muka macam tapai basi je. Perah la otak skali skala tolong kawan bagi cadangan yg bernas ke.. x bernas pun xpe asalkan logik akal manusia biasa. tu pun leh membantu... Kot la.



4) Kata-Kata Positif



'' Tu la kau, aku da cakap tapi kau degil. Kan dah kena. Degil lagi cakap aku.. Ujung- ujung cerita, aku gak yang kau seret dalam masalah kau." 

Dah kawan tu tgh biol, jangan la kau tambah sewelkan otak dia. Ape punya kawan la kau nie. Cuba bagi kata-kata positif sikit.

 "Mat, kau jgn la risau. Aku yakin mesti ade hikmah di sebalik masalah kau ni. kau sabar je la ea."

Walaupun kau sendiri tak yakin dengan ape yg kau cakap, kau cuba la yakin kan dia. Sebab bila org tengah serabut, tahap self esteem dia akan jatuh merudum. So, kau pandai-pandai la  nak hidup. Pum pam pum pam la ape yg patut. 

Rasenye tu je la.. Sekian saja CERAMAH TAUHID FEKAH saya pada hari ini.


P/s :  Jadi lah manusia yg sentiasa menyenangkan hati org lain.. Insyaallah DIA akan kurniakan seorang manusia untuk menemani anda seumur hidup dan sentiasa menenangkan hati anda di kala kesedihan.. Waaaaaaaaaaaaaa gitu dia...


DONT WORRY... YOU ARE NOT ALONE

Wassalam

Thanks For Your Reading ^_ ^

Wednesday, August 29, 2012

Trick Purba la Bro

Assalamualaikum......

Waaaa, lamenye tak bukak blog nie... dah merata sawang atas bawah.. 

Bila tangan da keras kejung nak menaip, memang agak lembap serupa siput pancit tepi jalan.. tapi aku  gagahkan jugak jari jemari kering ni semata-mata nak cerita pengalaman skil-skil lapuk yang org zaman skang pakai untuk ngejas pompuan... 

Takde sape berhak marah kalau kau sang lelaki nak ngayat sang perempuan ASALKAN kau punya cara tu betul dan sopan. Dan aku cukup pantang kalau ada sang lelaki yg bertukar jadi cencurut miang bila  nampak pompuan lalu. Lantak la kau tu kawan aku sehidup semati dalam kelas sekalipun.

 Aku percaya dalam 10 orang pompuan, mesti 7or 8 org dapat prank call dari umat ntah sesapa. Suka sangat main-mainkan org dalam telefon. Aku masih bleh bertolak ansur kalau nombor yang sama call aku 2x dalam satu masa. Ok, maybe dia tersalah dail nombor... tapi kalau dah patlima kali call sebok carik PAK SUPAAT- PAK SUPAAT dari tadi, kau pikir dia salah nombor ke degil?

Selaku blog milik aku, halaman umah aku, so aku nak cerita sebahagian pengalaman aku pasal trick-trick yg perlu dikongsi utk sang perempuan..



*************



" Hello, Sharifah awak kat mane tu? saya carik awak tak jumpe pun. Cepat la  keluar, panas nih."


Wah wah wah, kau bagi salam pon takde terus terjah wei saripah ko kat mane.


" Assalamualaikum pakcik. Rasenye pkcik salah nombor nie. saya bukan Sharifah."


"Eh, ni bukan nombor Sharifah ke? Hehehe sori la ye dik. mungkin salah tekan tadi.. Hmm kalau bukan Sharifah, awak yang manis nie sape name? umur berape? Leh berkenalan tak?"


Kau boleh detect tak kemanisan sorg pompuan tu guna telefon??  Hei, mulut bersemut.. manis je bila bercakap. Yang keluar dari mulut semua muluk-muluk belaka.


" Hmm nama saya SHARIPALAHEKKAU... makcik sepupu sebelah bapak tiri Sharifah.. Selamat berkenalan pakcik.  Tepon lagi siap! ok bai."


agak kasar tapi selamat..mak kata takpe. Janji selamat!



***********************



"Hello, Assalamualaikum  boleh saya tau tak sape ni??"

Eh eh, dah kau yang call dulu.. sepatutnya kau la yang patut tau manusia mane yang kau call.. Starting da baek punya bagi salam.. tapi tue la, sape ni?


" Waalaikumsalam, awak rasa saya nie sape? Mane awak dapat nombor ni? "


" Owh, sebenarnya saya bosan. Xde kawan nak ajak sembang. Saya main tekan-tekan je nombor nie. Tak sangka plak nie nombor awak.. Urmmm boleh tak di sini nak berkenalan dengan pemilik nombor di sana? hehehehe."


Oooo kau hehehehe ye...


" Jap ea.....Maaaaakkkkkkk!!! Ade orang nak berkenalan!!! dia nak berkenalan ngan tuan punya nombor ni!!


Tup! terus letak.... Laaa, tadi kata nak berkenalan. Apasal letak plak? Kebetulan dah sebulan aku pinjam nombor tepon mak sebab simkad rosak. Betol la kan? Mak aku punya kawan lah kan?



****************



" Maria, you dekat mane tu sayang?? i rindu kat u la baby.. muah muah muah!


Hei, sape pulak la yang nak ber"baby-baby" bagai ngan aku nih.. terbakar tekak. Peristiwa yg ni baru 3 hari terjadi sebab tu aku kalut nak cerita. Coz i got new idea... hah! 


Aku buat dek je sebab maybe dia sedar dia salah send msg then malu nak say sori...


" Syg, i ada wat salah kat u ke baby? asal u x reply msg i ? 4give me k sayang?"


Sebelum selera makan aku yang tengah membuak-buak nie mati serta merta, bagus aku bagitau wak samdol badigol sorg nie.


" Hai, I'm not Maria. Wrong number."


" Baby, U jgn nak tipu I.. I save nombor u tau. Kalau pun u marah, jgn la sampai buat-buat tak kenal I plak."


"Incik, awk ni salah nombor. saya bukan Maria. Saya pun x kenal awak nie sape."


"Nope baby. i kenal sgt nombor u nie.. Mustahil u tak save nombor I."


Budak kepala degil begik macam nie memg kena sedarkan sikit.


"Ok fine.. Actually memg saya ada save nombor awak.. tapi saya bukan Maria si baby awak tu."


" Eh? awak kenal saya ke sebelum nie? rasanya baru arini saya dapat nombor awak."


Yes, kau kantoi ngan aku.


"Memang la baru arini awak dapat nombor saya. tapi saya dah nak setahun simpan nombor awak."


"Jadinya, awak kenal la saya nie sape sebenarnye?"



"Ape plak tak kenal nye... 
TUKAR TIUB MOTOR (016-348#$%^) "


"Hmmm saya rase saya silap kot. Awak memg bukan Maria kan?"


Dah berbuih gigi aku dari tadi baru skarang kau nak percaya. Sejak azali, Nama aku Nur Ayuni Diyana..



Bukan Nur Ayuni Maria okeh.



P/s : kalau ade orang yang tak dikenali call, sebaiknya cakap la elok-elok. dan jgn tengking-tengking maki hamun.. zaman sekarang jgn buat main, kalau cerai pun leh pakai sms, tak mustahil orang Pukau by Call je. Take care girls..


Berhati-hati dengan Jejaka Mulut Bersemut...MARBAHAYA!


Wassalam.. =)


Thanks For Your Reading ^_ ^

Friday, July 6, 2012

Engagement Day Faz

Assalamualaikum..

First of all, aku nak wish congratez kpd kawan aku, Faz. Coz dah selamat menjadi tunangan orang...

Dan tak lupe kawan aku lagi sorang, Farith Hamqa.. Sory, aku xde gmbar kau tunang, ye la takkan aku nak membontot family ko usung hantaran pi umah tunang kau kan. pikir la jugak.. lagipun aku tau kau da tunang dari mak kau.. ari tu aku teserempak mak kau ngan Cik Sue waktu ondeway balik umah.. Wei, onie kau bajet Farith dengar ke? Ok Farith bai..


HUH, MAJOK NGAN ABANG, ASAL BAGI DULANG JE? AYANG NAK TALAM... okey, nie la Si Purple Faz.. da macam nak kawen je.. tapi slack tok kadi ada epoimen lain.. kalo x,da slamat da si makcik ni jadi bini orang...






Ni la gambar makcik-makcik penyebok buat perabis beras ari tuh.. konon-konon bajet bagi sokongan moral  moga-moga jangan gelabah atas pelamin kat Faz.. padahal mintak berkat kot-kot melekat kat diri sendiri... 




eh, aku ade bagitau ke tukang hebah majlis mendirikan rumahtangga tak bertauliah merangkap tukang tangkap gambar takde sijil yang mana?? Ok  nie la Hana. My very sweet BFF.. Satu-satunya manusia yg berani sekeh kepala aku..




Last skali, sebagai bukti mintak berkat.. so, aku abadikan kenangan dengan Faz. 


And again, tahniah Fadzliana  & tunang.. semoga hubungan korang berterusan hingga ke jinjang pelamin.. 



Ok, HANA, IKA, & NAZA.. korang da dapat berkat kan?  


JOM BALIK !!


BAPAK AKU DA PANGGIL !!


SURUH TUNJUK BERKAT YANG AKU DAPAT...



WASSALAM



Thanks For Your Reading ^_ ^

Followers