Thursday, March 29, 2012
Tajuk kat atas ni *tajuk memang sntiasa kat atas, kalo tajuk kat tgh or bwh sila daftar balik sek rendah ok*. Okeh ulang balik. Bagi sejenis manusia yg suka baca x abis, tajuk kat atas ni boleh jadi punca utama kenapa aku perlu dibelasah tanpa usul periksa..so, ada kaitan? Ada. ok ,aku nak cerita asal usul aku iaitu seorang perempuan yg murah….dengan air mata. bukan murah dengan mata air..beza tuh!
Air mata perempuan ini memang selalu keluar tak dijangka. Da macam pili bomba bocor gamaknya. Mcm mana ko tgk perempuan ni senyum satu minit tadi, tak lama ko menoleh tgk pompuan seksi meksi lalu depan ko. Ko toleh balik kat perempuan ni, dia dah meleleh…kalo ko pun x bleh nak jangka mcmana sepantas kilat benda ni jadik, perempuan ini lagi la… sebab benda2 spontan ni x leh nak paksa.
Penah tengok muka sendiri bila tahan nangis camne? Dah mcm beruk tahan kentut je..huduh. Mcm2 cara dah cuba tahan airmata dari keluar, kembungkan mulut dia tetap mengalir. Juling-julingkan mata pon dia meleleh gak.. Gigit bibir ketap gigi pun memang tak jalan..so, ni la antara aktiviti spontan yg susah perempuan ni nak tahan di mata umum..
Buat pe nak simpan2, buat rugi je. Bukan nya ko pnjam mata org lain, ko pakai mata ko.. ko bukan boleh pujuk mate ko OMAIGOD AIR APE NI?? NAPE KUARKAN AIRMATA? NAPE TAK KUARKAN EMAS? JGN BAZIRKAN AIR MATA WEI. GUNA BILA PERLU JE. Aku pun pelik macamana sepasang mata yg dihiasi spek separa bingkai nie mampu keluarkan airmata sebegitu banyak…
Bila perempuan ni kena marah or kena maki or whatever satu benda yg dia mintak kat Allah biar la rasa sedih YG MCM NAK LEMPANG ORG YG BUAT AKU NANGIS NI hilang serta merta. Then satu benda yang ko akan rasa lepas nangis, ko akan rase lega giler. Time ko nangis tue lah airmata ko buang sekali segala rempahratus perasaan yg buat ko rasa nak nangis tu..*korg paham pe spesis makna yg aku nak try sampaikan ni ?xpe yg penting aku sendiri paham*. Alhamdulillah rase tu ilang, tapi kejap je aku jadi kuat.. aku x nangis da.. tapi 10 minit je leh tahan.. sebab nye..? sebab aku x tido lagi…
Sebab dengan tido, ko bleh rasa ko kena mulakan hidup baru…
Dengan azam yg baru….
Dengan semangat yang baru…
Berserta air mata yang baru…
SEKIAN.
Thanks For Your Reading ^_ ^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 bibir yang berkata:
Post a Comment