Blogger Widgets
Blogger Widgets

Wednesday, April 25, 2012

SUNGGUH AKU X KISAH

SUNGGUH AKU X KISAH
 kalau kau seorang yg bermulut penuh percakapan, yang penuh kata-kata..berkicau sepanjang masa…dan suara yang tak mungkin senyap.. Siyes aku tak kisah. Kau nak cakap sampai zohor esok pun bleh.. sekadar cakap kosong yang tak ada isi pun takpe, aku tak kisah. Kau nak cerita benda-benda yg x mmbawa kepentingan dalam hidup kau pun aku sanggup dengar. kau nak story pasal sekumpulan kambing kt tepi jalan yg kau jumpe pagi tadi pun aku gagahkan jugak telinga ni untuk dengar luahan kau. Even aku rasa kambing tu tak kacau langsung hidup kau. Xpe, kau cerita je la kat aku..

TAPI AKU SUNGGUH AMBIK KISAH 
kalau kau yang bermulut puaka bercerita tentang hal-hal orang lain yang aku rasa memang takde kaitan langsung dengan diri kau. Dan cerita tu plak lebih kepada fitnah semata-mata. Sedangkan kau pun x tau kebenaran cerita yg sebenar.. Dan aku amat ambik kisah bila kau memperdagangkan rahsia yang kawan baik kau amanahkan untuk kau simpan. Bila kau terasa seronok bercerita pot pet pot pet, kau bukak rahsia kawan kau. Tak cukup dengan tu, kau tambah lagi perisa-perisa fitnah sebagai penyedap cerita. Dan akhirnya kawan baik kau kat sana malu angkara kau yg bermulut puaka. Dan kau yg dekat sini sibuk pertahankan diri kau. Kau cakap kau tak salah. Kau dengar dari orang lain. Sedangkan kawan kau tak pernah cerita hal tu dengan orang lain melainkan kau yang dia percaya.

 DAN SUNGGUH AKU TAK KISAH kalau kau datang, jumpa dan mintak maaf dekat manusia yang kau dah fitnah tu.. dan bersihkan balik nama dia.

TAPI AKU SUNGGUH AMBIK KISAH kalau kau buat-buat tak sedar salah kau malah sibuk mempromosikan cerita-cerita hot yang kau tau..

WAHAI MANUSIA , SEDARLAH…. KALAU KAU TAK NAK ORANG MENGATA BURUK TENTANG KAU. JANGAN LAH MENGATA BURUK TENTANG ORANG LAIN.

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA ADIL DAN SAKSAMA.

Salam.
Thanks For Your Reading ^_ ^

Thursday, April 19, 2012

Apa pilihan yg kau ada?


1) bile bos kau datang masuk bilik kau then kata ONIE FREE X? JOM TEMAN SAYA LUNCH..bila disuruh bayar, bos kau suruh kau bayar sedangkan awal-awal lagi kau dah sorok kemas dompet kau kat opis dengan harapan encik bos akan belanja kau..Kau rasa? Singsing tangan get ready basuh pinggan kat kedai tu? Or wujudkan buku hutang atas nama kau kat kedai makan tu? Atau kau bayar untuk kau sorg je and LANTAK KAU LA BOS.

2) bila kau rasa nak maki orang gila yg kacau kau. tapi kau x bleh maki dia sebab NAMA PUN ORANG GILA. DIA MANA SEDAR APA YANG DIA BUAT.So, ape plan kau? Nak jadi gila sama? Or call orang gila yang kau kenal suruh pukul orang gila yg kacau kau tu? Atau kau pura-pura jadi gila dan pukul dia?

 
3) bila kau carik barang yg selalu ada kat depan mata, tapi bila diperlukan kau x jumpa. Bila kau xnak guna, menonjol-nonjol je dia depan muka kau.. dan kau plak membebel pasal si stapler yg suke main nyorok-nyorok tu. Pe kau nak buat?Terus membebel sampai stapler tu datang sendiri berjalan depan kau? Then? Duduk. pejam mata. bukak mata. tarik nafas. hembus. then carik pakai mata. Dan bukan pakai mulut.

4) bila kau rasa diri kau sentap secara tetiba. orang baru nak bergurau manja ala-ala kurang ajar ngan kau, kau dah start tacing lebih-lebih.. Nak-nak plak orang tu jenis memang susah nak mintak maaf. Tambah plak ada jenis yang memg susah nak bezakan riak muka kau.So? Kau nak carik tiang and nangis? Or nangis sambil baling-baling barang?

5) bila kau dengan 2 orang kawan kau duduk satu meja.. Then diorang berdua saling berbisik sambil pandang kau. kau tak rasa diorang bisik pasal kau ke? Atau kau memang xde perasaan? Atau kau terus sound tepek dorang balik tanpa usul periksa?

6) bila bos kau marah kau dengan staf yang lain.. tapi bos kau asik pandang kau je. Nak-nak plak topik tu memang ada kaitan ngan keje kau. Ape kau rasa? kau rasa bos suka kat kau? Atau sebenarnya maki dia tu didedikasi khas utk kau?

7) bila kau disuruh buat keputusan yang melibatkan hidup kau pada masa akan datang. Dan kau tak tau pilihan  apa yg kau ada…Ape kau nak buat?

P/s.: Dan sebenarnya kau diberi akal utk berfikir dan membuat pilihan. sesungguhnya setiap keputusan yg kau buat sedikit sebanyak dipengaruhi oleh perasaan kau. Dan perasaan kau sebenarnya lahir dari hati kau yang pelbagai perisa.. Samada PERISA NEGATIF atau PERISA POSITIF. So, bila kau nak buat pilihan. Pastikan hati kau berPERISA NEUTRAL. Dari situ kau tau mana baik dan mana buruk nya pilihan kau.

SEKIAN.




Thanks For Your Reading ^_ ^

Friday, April 13, 2012

TANGGUNGJAWAB = KAU TANGGUNG, KAU JAWAB. BUKAN ORANG LAIN JAWAB

Kadang-kadang kita tak sedar, kita dah blaja sesuatu yang penting dalam hidup. Sebab semua perkara yang kita lalui adalah satu pembelajaran. Mak kau suruh pegi kedai bagi duit cukup-cukup je, tu semata-mata nak ajar kau cara berjimat cermat. Nak-nak plak kau memang jenis kalau suruh pergi kedai,duit baki memang takde. Kau memang x perasan, sebab waktu tu kau x paham lagi.. Time tu yang kau tau, kalau ada duit baki kau nak beli eskrem CORNETTO. Then jalan slow-slow sampai eskrem abis.. sebab takut adik2 mintak. KEDEKUT KAU!..
Back to the main point!
BELAJAR DI RUMAH..
Mak pernah pesan dulu kat kami 7 beradik, dah pakai barang letak balik kat tempatnya. kalau tidak ,mak akan suruh kitorang ambik balik pakai mulut..PAKAI MULUT KAU..dan aku selaku manusia yg dianugerahkan tangan dan tanak jadi macam ayam, aku ikut nasihat mak yang satu tu….
Selaku CIKGU PERTAMA DALAM HIDUP AKU, mak pesan bila kita da pinjam barang orang, pulangkan balik macam mana kita pinjam kat dia dulu. nanti orang tanak bagi kita pinjam lagi. Dulu aku penah pinjam payung CIK YOS jiran sebelah, tapi lepas aku pakai, aku main letak je dekat pagar umah dia sebab CIK YOS xde kat umah. Bila mak nampak, mak suruh aku ambik balik dan tunggu sampai Cik Yos ada. Kalau tak, aku kena pilih ROTAN saiz mana yang sesuai untuk kaki aku..
BELAJAR DI SEKOLAH
PINJAM BUKU KAT LIBRARY. Carik buku yang kita berkenan. pergi kaunter. dah setel. Keluar. Boleh tak, kalo kau da pinjam, kau pulang balik dengan cara letak je depan pintu library dengan harapan ada abang pengawas library ensem tolong setelkan buku pinjaman kau. Kalau nak nama femes kat assembly, buat la macam tu. Kena la ikut prosedur cik kak.
TAPI ITU DULU………WAKTU KAU LAP HINGUS PAKAI TANGAN
DAN SEKARANG….. WAKTU KAU DAH UPGRADE LAP HINGUS PAKAI TISU
Baru aku tau ada hikmahnya segala tunjuk ajar mak tu ada kaitannya dengan TANGGUNGJAWAB. Mak a.k.a PENASIHAT CINTA cakap, biar la muka tak berapa nak siap, biar harta tak berapa nak ada..tapi yang penting dia msti ada sikap bertanggungjawab.. tanggungjawab dekat Allah, ibubapa & keluarga. Tu pun da cukup..
SEBAB TU AKU CUKUP PANTANG TENGOK LELAKI TAK BERTANGGUNGJAWAB..
Terutama dekat family sendiri. Cukup untuk buat aku berubah jadi BAWANG MERAH ngan maknya RIKA SUMANTO.. Kalau nak pinjam buku kat library pun kena ada prosedur. Tak kan kau nak pulangkan anak orang, kau letak je dia kat tepi jalan? Ada otak ke tak? Kena tubuhkan satu subjek baru ke semata-mata nak ajar pasal tanggungjawab nih? Kalau kau dah taknak dia lagi, pulangkan la dia dengan cara yang baik. Orang takde pandang serong kat kau, nama kau pun tak busuk berulat. Kau yang pinjam, kau la yang pulangkan sendiri. Bukan anta orang lain buat wakil. Jangan kau buat dia macam sampah. Agak dah tak guna, kau buang macam tu je. Bila dah susah, kau lari. Mana perginye sikap gentleman kau selama nie? Ke selama nie kau sekadar tunjuk GENTEL LEMAN kau?
Then, bila kau dah tau kau salah. Ape kata kau betulkan balik salah kau. Pastu, kalau kau nak blah pun, blah la..tapi ingat, kalau kau nak orang kenang jasa kau dulu. Pulang lah, betulkan kesalahan kau.. Manusia-manusia kat sini masih berhati perut untuk maafkan kesalahan kau yang memang nyusahkan hidup orang.
DAN TOLONG JANGAN JADI PENGECUT..
DEMI INSAN-INSAN KECIL YANG SAYANG KAT KAU..
Thanks For Your Reading ^_ ^

Followers