1)
bile bos kau datang masuk bilik kau then kata ONIE FREE X? JOM TEMAN SAYA
LUNCH..bila disuruh bayar, bos kau suruh kau bayar sedangkan awal-awal lagi kau
dah sorok kemas dompet kau kat opis dengan harapan encik bos akan belanja kau..Kau
rasa? Singsing tangan get ready basuh pinggan kat kedai tu? Or wujudkan buku
hutang atas nama kau kat kedai makan tu? Atau kau bayar untuk kau sorg je and
LANTAK KAU LA BOS.
2)
bila kau rasa nak maki orang gila yg kacau kau. tapi kau x bleh maki dia sebab
NAMA PUN ORANG GILA. DIA MANA SEDAR APA YANG DIA BUAT.So, ape plan kau? Nak
jadi gila sama? Or call orang gila yang kau kenal suruh pukul orang gila yg
kacau kau tu? Atau kau pura-pura jadi gila dan pukul dia?
3)
bila kau carik barang yg selalu ada kat depan mata, tapi bila diperlukan kau x
jumpa. Bila kau xnak guna, menonjol-nonjol je dia depan muka kau.. dan kau plak
membebel pasal si stapler yg suke main nyorok-nyorok tu. Pe kau nak buat?Terus
membebel sampai stapler tu datang sendiri berjalan depan kau? Then? Duduk. pejam
mata. bukak mata. tarik nafas. hembus. then carik pakai mata. Dan bukan pakai
mulut.
4)
bila kau rasa diri kau sentap secara tetiba. orang baru nak bergurau manja
ala-ala kurang ajar ngan kau, kau dah start tacing lebih-lebih.. Nak-nak plak
orang tu jenis memang susah nak mintak maaf. Tambah plak ada jenis yang memg
susah nak bezakan riak muka kau.So? Kau nak carik tiang and nangis? Or nangis
sambil baling-baling barang?
5)
bila kau dengan 2 orang kawan kau duduk satu meja.. Then diorang berdua saling
berbisik sambil pandang kau. kau tak rasa diorang bisik pasal kau ke? Atau kau
memang xde perasaan? Atau kau terus sound tepek dorang balik tanpa usul periksa?
6)
bila bos kau marah kau dengan staf yang lain.. tapi bos kau asik pandang kau
je. Nak-nak plak topik tu memang ada kaitan ngan keje kau. Ape kau rasa? kau
rasa bos suka kat kau? Atau sebenarnya maki dia tu didedikasi khas utk kau?
7)
bila kau disuruh buat keputusan yang melibatkan hidup kau pada masa akan datang.
Dan kau tak tau pilihan apa yg kau
ada…Ape kau nak buat?
P/s.:
Dan sebenarnya kau diberi akal utk berfikir dan membuat pilihan. sesungguhnya
setiap keputusan yg kau buat sedikit sebanyak dipengaruhi oleh perasaan kau.
Dan perasaan kau sebenarnya lahir dari hati kau yang pelbagai perisa.. Samada
PERISA NEGATIF atau PERISA POSITIF. So, bila kau nak buat pilihan. Pastikan
hati kau berPERISA NEUTRAL. Dari situ kau tau mana baik dan mana buruk nya
pilihan kau.
SEKIAN.
0 bibir yang berkata:
Post a Comment